BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Tuesday, October 19, 2010

SUMPAH: zihar dan ila'

Assalamualaikum,
soalan yg dikemukakan di bawah ini sebenarnya perlu dilihat dari sudut untuk memahami hukum SUMPAH dan kesan daripada sumpah terhadap perkahwinan tersebut. Ustaz Juraish Kamarudin al-Muhami seorang peguam Shari'e yg membincangkan perkara ini di dalam buku yang dikupas detail yang bertajuk "Memahami Zihar dan Ila': Kesalahan Seksual Rumahtangga yang mengakibatkan perceraian."

Perkara pertama yang perlu dilihat ialah adakah sumpah itu sah kerana si suami tidak menyebut Demi Allah, atau Wallahi atau Lillahi. Saya bertanya guru saya yg lebih arif, adakah sumpah atas nama perkahwinan itu dikira sumpah? kerana orang Islam hanya boleh bersumpah dengan nama Allah. Kata guru saya, sumpah atas nama perkahwinan itu tidak dikira sebagai sumpah yang sah. dan apabila sumpah itu tidak sah maka suami tadi boleh 'bersama' dengan isterinya tanpa perlu membayar kafarah yamin. (kafarah sumpah).

Menurut mazhab Shafi'i, 'ila ialah sumpah yg dibuat oleh seorang suami yg mampu bersetubuh untuk tidak menyetubuhi isterinya selama tempoh lebih daripada 4 bulan atau tanpa menyebutkan tempoh atau dengan selama-lamanya.

Contoh lafaz 'Ila' ialah "Demi Allah, aku tidak akan menyentuh engkau lagi" atau "Demi Allah aku tidak akan menyetubuhi engkau lagi/tidak akan menyetubuhi engkau selama-lamanya." Perkataan sentuh hanya akan menjadi 'ila' jika suami berniat tidak akan bersetubuh dengan isterinya.

Hukum 'Ila' adalah haram kerana ianya telah mengharamkan persetubuhan dengan isteri yg telah halal dinikahi. Islam telah menetapkan beberpa perkara mengenai 'ila'.

1. Tempoh maksimum utk suami meninggalkan persetubuhan dengan sengaja tidak boleh melebihi 4 bulan berturut2.Jika sumpah itu menyebut kurang daripada 4 bulan tidak dikatakan ila'.
2. Suami boleh meneruskan perkahwinan jika ia sanggup balik menarik balik sumpahnya sebelum tamat 4 bulan dan menunaikan kifarat sumpah.
3. Isteri yg diila, tidak tertalak dengan serta merta, tetapi ia wajib menunggu selama 4 bulan atau sehingga suaminya menyetubuhinya sebelum tamat tempah 4 bulan
4. dlm tempoh ila, suami masih wajib memberi nafkah kecuali jika isteri itu nusyuz.
5.Suami boleh menyetubuhi istrinya yang diila' pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh 4 bulan tetapi mesti membayar kafarah sumpah.
6. Jika selepas tamat 4 bulan, suami masih tidak menyetubuhi isterinya, maka isteri diberi pilihan utk menuntuk suami melakukan persetubuhan atau menuntut talak melalui proses kehakiman.
7. Jika suami masih enggan 'bersama ' isterinya atau menggan menceraikan maka hakim mahkamah Syariah boleh menjatuhkan satu talak yg boleh dirujuk.
8. Jika suami isteri rujuk semula dalam masa eddah, maka hukum ila' akan bermula semula dari waktu ruju' sehingga tamat 4 bulan yg berikutnya.
9. jika isteri yg diceriakan itu tidak dirujuk hingga tamat tempoh eddahnya, atau diceraikan dengan talak 3, maka terbatallah ila tersebut. dan wanita itu boleh bernikah dengan orang lain selepas tamat tempoh eddahnya.

Kaffarah Ila'.
Kewajipan membayar kafarah sumpah utk perbuatan ila' ini boleh dilihat di dalam surah al-Maidah ayat 89.

"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah kamu yang tidak disengajakan, tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengajakan dengan bersungguh-sungguh. Kaffarahnya ialah memberi makan sepuluh org miskin iaitu daripada jenis makanan yg kamu biasa berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba yang muslim.Kemudian sesiapa yg tidak mampu menunaikan kaffarah itu hendaklah berpuasa 3 hari. Demikian itu ilah kaffarah penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah..."

Kaffarah pilihan:
1. memerdekakan hamba yg muslim (tidak ada lagi hamba pada hari ini)
2.Atau memberikan makanan yg mengenyangkan kepada 10 fakir miskin dengan scupak makanan asasi bagi setiap org. Kadar timbangannya adalah mengikut kadar zakat fitrah.
3. Atau memberikan pakaian yg dapat yg menutup tubuh badan kepada 10 org miskin. sepasang seorang. Disunatkan memberikan pakaian yg baru dan selesa dipakai.bukan yg terlalu nip[is atau buruk.
4. Pilihan terakhir jika tidak mampu menunaikan pilihan2 di atas ialah berpuasa selama 3 hari. Lebih baik jika ditunaikan secara 3hari berturut2.

Tajuk ila' ini amat panjang jika dipelajari dengan mendalam. Saya cuma memberikan maklumat yg paling asas. Kesimpulannya, jika sumpah itu sah, maka semua perkara mengenai ila ini terpakai kepada suami isteri tadi.

saya mendapat maklum balas daripada ustaz juraish ketika sedang menaip email ini. Katanya tidak ada perbahasan ulama yg menyebut bersumpah atas nama perkahwinan itu dibenarkan. Maksudnya tidak sah sumpah tersebut. Tetapi suami tadi perlu benar2 ikhlas berfikir, adakah sumpah itu maksudnya Demi Allah atau demi perkahwinan? Nasihat saya dan nasihat ustaz juraish kepada isteri tersebut, janganlah membangkitkan kemarahan suami dengan enggan melakukan satu tugas yang wajib anda lakukan sebagai isteri.
kepada si suami pula, jangan terlalu cepat melenting dan mengambil jalan bersumpah utk menunjukkan kemarahan atau kekecewaan anda. Bermuhasabah lah. Jika hati masing2 tidak ada lagi kasih sayang..adakah wajar anda meneruskan perkahwinan ini? Tepuk dada tanyalah iman.


wassalam
Dr Fauziah
Islamic Law Department
UIA

No comments:

Post a Comment