BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Monday, December 27, 2010

Tilam Dreamland



PENCEROBOHAN WIFI DI RUMAH MIKA

Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN

rencana@kosmo.com.my

Anda mungkin terpaksa bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan orang lain. Demikianlah bahana pencerobohan WiFi.

PENCEROBOHAN WiFi meletakkan pengguna yang tidak bersalah dalam keadaan bahaya.

RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita.

Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah.

Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.

Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber – penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.

Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?

Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi ‘pak sanggup’ di atas kesalahan orang lain.

Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.

Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi – secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.
Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had.

Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa.

Secara perbandingannya, pemilik rangkaian wayarles rumah di negara-negara Barat lebih menitikberatkan tahap keselamatan rangkaian mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh firma sekuriti RSA tahun ini.

Di kota Paris sebagai contoh, 98 peratus daripada pemilik rangkaian WiFi telah melindungi rangkaian mereka. New York pula menduduki tempat kedua dengan 97 peratus manakala London menduduki tempat ketiga dengan 90 peratus.

Sungguhpun belum ada statistik khusus yang menunjukkan jumlah aktiviti jenayah siber jenis ini di negara kita, ia tidak bermakna kita semua terhindar daripada ancaman ini.

Salah satu contoh yang wajar dijadikan iktibar ialah kes seorang remaja di Singapura yang menghantar ancaman bom palsu di forum Internet menggunakan rangkaian wayarles jirannya sehingga menyebabkan jirannya yang tidak bersalah itu ditahan pihak berkuasa.

Aktiviti menumpang rangkaian seperti ini begitu popular. Ini kerana penjenayah siber tahu sekiranya ada pihak yang cuba mengesan, jejaknya akan berakhir di rumah pemilik rangkaian tersebut. Sungguhpun pemilik rangkaian WiFi yang tidak bersalah boleh membersihkan nama mereka dengan menepis tuduhan, proses ini mengambil masa yang agak lama.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang lelaki berjaya memperdayakan pihak polis apabila melakukan rompakan terancang ke atas sebuah kereta perisai yang membuat penghantaran duit ke sebuah bank. Beberapa hari sebelum itu, Anthony Curcio, 28, telah membuat iklan online dengan menggunakan rangkaian wayarles individu lain bagi mendapatkan sekumpulan orang untuk memakai pakaian yang sama di bank tersebut bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Anthony yang turut memakai pakaian berwarna yang sama seperti diiklankan berjaya melarikan sejumlah wang kerana pihak polis yang bertindak atas maklumat orang awam terkeliru. Ini kerana terdapat sejumlah orang di kawasan bank tersebut pada masa yang sama.

Sebagai contoh, sekiranya rangkaian anda digunakan oleh seseorang untuk melakukan penipuan kad kredit (menggunakan maklumat kad kredit individu lain dan membuat pembelian dalam talian), pihak polis boleh merampas komputer anda bagi tujuan penyiasatan dan ini sudah cukup menjadi mimpi buruk dalam hidup anda.

Pengguna yang ingin mengunci rangkaian mereka perlu menggunakan perkakasan wayarles yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti WiFi Protected Access atau WPA. Sungguhpun hari ini, terdapat jenis ciri sekuriti wayarles yang boleh digodam, tetapi bilangan individu yang mempunyai kepakaran seperti ini tidaklah begitu banyak dan masih terkawal.

Perabot Disaran






Pada fikiran Ayah, KATIL bersama ALMARI dan SET SOLEK itu bagus/cantik. Tapi, Emak mika mulai berubah fikiran apabila balik ke rumah dan cadang beli KATIL dan ALMARI saja seperti dalam gambar ini.


LIHAT PHOTO INI. IA LEBIH JELAS

Katil Yang Disaran/Dicagar




Pada fikiran Ayah, KATIL bersama ALMARI dan SET SOLEK itu bagus/cantik. Tapi, Emak mika mulai berubah fikiran apabila balik ke rumah dan cadang beli KATIL dan ALMARI saja seperti dalam gambar ini

PERABOT: bilik tidor


Thursday, December 23, 2010

RECIPE: Sizzling Yee Mee

Sizzling Yee Mee


BAHAN( 2-3 org makan )
•2-3 sanggul (gulung) yee mee
•5 ulas bawang putih
•5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
•1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
•3 biji cili kering- potong 2
•2 sudu besar sos tiram
•3 sudu besar kicap cair
•1 sudu besar kicap pekat
•1/2 in halia- hiris nipis
•Serbuk lada hitam
•garam- secukup rasa
•Beberapa titik Minyak bijan
•1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
•sedikit minyak utk menumis


Cara-cara
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

ReplyReply All

Wednesday, December 22, 2010

PETUA MELAYU SILAM

1) Bernanah jari disebabkan jarum, duri, dan tulang ikan

- Ambil 3 ulas bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

2) Resdung

- Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

3) Kunyit mengurangkan rabun mata

- Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

4) Perut masuk angin

- Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

5) Perut Memulas

- Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

6) Telinga bernanah

- Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh. Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

7) Rambut - Ubat Kaki Pecah

- Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa. Waktu mahu tidur malam, bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

8) Jerawat

a. Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih. Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka. Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b. Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering. Amalkan sedemikian setiap hari.

9) Rambut beruban

- Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus. Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

10) Melebatkan tumbuh rambut

-Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian setiap hari.

11) Membuang tahi lalat hidup

- Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas. Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketuat kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

12) Muka kasar dan berbintik-bintik hitam

- Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

13) Menghilangkan kesan jerawat

- Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap. Kemudian cucilah dengan air sejuk.

14) Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki

- Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

15) Daun petai cina - ubat seri muka

- Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi. Kemudian tunggu beberapa saat barulah dibersihkan dengan air yang bersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

16) Kudis buta

- Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah. Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

17) Bulu ketiak

- Cari ibu kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

18) Cacar air

- Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa. Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

19) Menghilangkan bekas kurap di badan

- Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit. Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih. Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning. Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah. Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

20) Menghilangkan bau ketiak

- Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. Lakukan secara kerap setiap hari.

21) Ubat panau

- Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

22) Menghilangkan parut cacar air

- Ambil segengam beras dan dibersihkan. Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak. Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

23) Gatal-gatal malam

- Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

24) Gatal-gatal pada kemaluan perempuan

- Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa. Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

25) Gatal Kulit

- Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

26) Menghilangkan Bulu Ketiak

- Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh. Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh. Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh. Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

27) Sakit bahagian buah pinggang

- Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

28) Sakit siplis

- Ambil lobak putih dalam sekati. Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya. Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

29) Bisa-bisa tulang

- Dapatkan Ă¢€Å“akar sakit lelakiĂ¢€� sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

30) Lemah jantung dan darah tinggi

- Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia. Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah. Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkannya penyakit anda boleh sembuh.

31) Kencing manis

- Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru. Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

32) Demam kuning

- Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak ke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

33) Penyakit kuning

- Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

34) Demam Berdarah

a. Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b. Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

35) Cara-cara mengurangkan demam

a. Beri pesakit minum air yang banyak2. Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air. Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

36) Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya

a. Beri minum air zam-zam dan lap badannya

b. Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah: Ă¢€�Dengan nama Allah, wahai Allah, sembuhkanlah hambamu, dan benarlah rasulmu Ă¢€�Dan rendamlah dalam sungai itu seketika. Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi. Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

37) Pening Kepala

- Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

- Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas. Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

38) Ubat Kencing Batu

- Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air. Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari. Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

39) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik

- Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orang-orang kita, bagi mengatasi sakit ini amat mudah, bahan-bahannya amat mudah diperolehi. Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda). Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih. Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm. Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

40) Sakit Kepala

- Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan. Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami. Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk. Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu. Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i. Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii. Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii. Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv. Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v. Punca Dari Kepala

Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

41) Ubat sakit kepala

i. Ambil segenggam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan. Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.

ii. Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

42) Cirit-Birit

- Ramuannya;bawang merah, biji kopi, dan madu lebah asli. Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

43) Kencing Tidak Lawas

- Ramuannya;madu lebah, limau oren, madu dan air panas. Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut. Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

44) Menyembuhkan Luka

- Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah. Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah. Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam. Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

45) Menyembuhkan sakit gigi

- Ramuannya; Tempurung kelapa, garam, bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah. Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari. Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat menahan pengaliran darah.

46) Untuk mendapat anak

- Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

47) Jika terlekat tulang

- Celupkanlah jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah, tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

48) Untuk mengubati penyakit batu karang

- Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

49) Penawar racun dan sengatan binatang berbisa

- Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

50) Penawar jika dipatuk ular

- Ramuannya; bawang putih dan madu lebah. Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

51) Penawar gigitan anjing gila

- Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah. Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

52) Untuk merawati masalah batuk kering

- Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah. Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya. Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

53) Penawar sesak nafas

- Ramuannya;madu lebah dan lobak putih. Lobak putih hendaklah diparut. Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

54) Penyakit gagap

- Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

55) Batuk Biasa

- Ramuannya;bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

56) Benjol dan luka yang teruk

- Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu. Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

57) Mempercepatkan penumbuhan rambut

- Ramuannya;darah kambing dan madu. Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

58) Mata berselaput

- Bahan-bahannya; Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu, kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

59) Penjagaan badan supaya sentiasa langsing

- Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu. Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya. Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

60) Pelembap muka

- Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar. Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah. Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

61) Membersihkan Muka

- Ramuannya;sepotong betik yang masak, madu lebah, susu segar dan susu tepung. Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata. Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh. Hasilnya kulit akan bertambah cerah, lembut dan kurang berminyak.

Friday, December 17, 2010

HARI ASYURA: 10 Muharam

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram :

1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)

Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6. Menziarahi rumah orang alim.

7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10. Menziarahi kaum keluarga

11. Mengerat kuku

12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)

(Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)

Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.

14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16. 16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali



-Dr Ismail Bin Hj Kassim






KIRIMAN:
"Masrina Lina" masha2488@yahoo.com.my

Thursday, December 16, 2010

Hadis Mauduk(palsu)

saya mempunyai kitab maudu'at karangan ibn jauzi terdapat pelbagai hadis2 dhaif..yg telah dibukukan
beserta martabat sanadnya sekali.. pun begitu..Dalam meriwayatkan hadis dhaif, ulama' telah menggariskan kaedah2 tertentu. tidak boleh secara semborono.

Al-Imam al-Nawawi ada menyebutkan:
Para ulama dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqh dan selainnya berkata: Dibenarkan dan disukai beramal dengan hadis Dhaif dalam hal2 fadha'il serta targhib dan tarhib, selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu). (Al-Azkar, hal. 5)

Fadha'il bermaksud bermaksud hadis2 yang menyatakan kelebihan beramal. Targhib ialah hadis yang mengandung galakan untuk berbuat baik. Dan tarhib pula adalah yang mengandungi ancaman bagi mereka yang berbuat jahat dan maksiat.

Berdasarkan pendapat al-Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa beramal dengan hadis dha'if adalah dilarang kecuali:
1. Dalam hal2 fadha'il, targhib dan tarhib. Kebalikannya ialah, hadis dhaif tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum.

2. Kedha'ifan hadis itu tidak sampai ke tahap maudhu'.

dhaif yg boleh smpai ke tahap maudhu' dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa jenis dan secara ringkasnya adalah seperti di sini..

a - Hilang syarat sanad yg bersambung. Ianya dapat dibahagikan kpd lima bahagian iaitu:
1-Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu:
1-Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5-Mudha'af 6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kpd:
1- Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan). Ianya dapat dibahagikan kpd satu bahagian sahaja iaitu syaz.

e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan). Ianya hanyalah satu bahagian sahaja iaitu Muallil.


Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib (Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib(Dorongan menjauhi keburukan), maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya tidak mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah.

Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut kelebihan-kelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn amalan yg soleh seperti membaca Al-Qur'an dan berzikir). Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu tertentu dgn bacaan tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak).

oleh yang demikian, bagi pandangan saya..fakta mengenai hadith maudu' yang dipostkan di sini tidak begitu lengkap dan lebih terperinci..kerana rata2 diantara kita tidak semua mengetahui dan mempelajari ilmu mustalah hadith ataupun metodolgi haidth ini. cuma hanya membaca dari fakta yang lain dan m'copy tanpa sebarang pengajian dan penyelidikan. Dan kesannya akan mengelirukan ahli mahupun org luar yang membacanya. negara kita perlukan lebih ramai ilmu hadith atau ustaz yang betul2 faqeh dgn ilmu ini.. dan bukanlah hanya sekadar gelaran sbgai pegawai hal ehwal agama sahaja. ..

wallahua'alam


SUMBANGAN:
"Duan Apis" = apisduan@yahoo.com.my

Monday, December 13, 2010

RECIPE: kuih peneram

BAHAN
( kalau buat kecil2 dapat 400 biji )

1 kilo tepung beras (cap gajah)
800 gm gula merah
50 gm @ segenggam tepung gandum

CARA MASAK

1. air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan
letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak
pekat sedikit.

2. Angkat dan tapis air gula tadi.
campurkan tepung beras dengan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air
gula yg masih panas sambil kacau dengan sudip.
Jgn curah sekaligus,curah sedikit demi sedikit sambil kacau hingga rata.
Lepas itu, adunan ini amat perlu diperap semalaman .

3. Check Adunan selepas 4 jam atau 5 jam..adunan tadi akan keras sedikit,
cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula atau dibiarkan seketika.

CARA MENGGORENG:

4. Ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,
leperkan sedikit.guna lidi utk bulatkan/tebuk lubang di bahagian
tengahnya.

5. Angkat dan goreng dgn api perlahan.
semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan akan timbul di
permukaaan minyak tanda masak. Setelah masak angkat dan toskan minyak.
sesuai di hidang utk seisi keluarga dan pada hari raya...




SUMBANGAN:
Juraiza Abdul Aziz

AURAT WANITA: haram dilihat lelaki

 
Posted by Picasa

Wednesday, December 8, 2010

DEMAM SAWAN:

Demam Sawan

Dipetik dari laman web Dr Hamid Arshat



Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .



Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .



Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .



Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .



Punca demam sawan

Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .

Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.



Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .



Adakah demam sawan itu merbahaya ?

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .

Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .



Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan

Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .



Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor menjalankan proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .



Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .



Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .



Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .



Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .



Kesimpulan
Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas . Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .

ZINAH: tidak boleh bernikah dengan wanita hamil

TAJUK: ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

Friday, December 3, 2010

YUSUF ISLAM: amal ISLAM jadi AGAMA beliau


Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w..
Amin!

Saturday, November 27, 2010

Sepupu Ayah


Tinggal di AU2 Ampang

Thursday, November 25, 2010

KESIHATAN: rawat payudara

Petua Menegangkan Buah Dada



Petua Menegangkan Payudara




Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.




Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.




Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.




Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

KESIHATAN: rawat migrain

Migrain Dan Asrul (ops..... Migrain dan urutan)

Tempuh hari ternampak wall Asrul yang terkena migrain. Sakit kepala. Satu fenomena biasa manusia moden. Dulu tidak ada migrain.

Pengubatannya mudah bagi yang mengetahui. Perlu latihan, bukan amalan.

1. Picit dan lurut-lurut di atas kening menghala ke tepi kepala. Akan terasa sakit yang amat sangat jika betul lurutannya. Di tepi kepala, atas sikit dari barisan mata, ada kawasan lekuk. Lurut hingga ke situ.
2. Untuk tepi kiri, gunakan jari telunjuk kanan. Untuk sebelah kanan gunakan jari telunjuk kiri. Ikut aliran kesakitan yang dirasa. Teruskan mencari saraf yang sakit sehingga ke pangkal tulang rahang yang mana anda akan merasa sakit yang lebih kuat.
3. Kemudian teruskan lurutan sehingga ke leher. Kawasannya di bawah daripada pangkal rahang, leher sebelah tepi ke depan sedikit.
4. Kemudian lurutkan lagi ke bawah hingga ke tulang kecil di bawah dagu yang bersambung dengan bahu.
5. Lurutkan dia naik ke atas ke bahu dan dia mungkin akan hilang kesakitannya di bahu.
6. Korek sedikit di kawasan tulang sambungan bahu dengan pangkal lengan kalau sakitnya hilang. Akan terasa sakit jika ketemu.
7. Lurutkan terus ke bawah hingga kawasan antara "bisep" dan "trisep". Iaitu otot belakang dan otot depan.
8. Terus ke tepi siku dan teris ke belakang tapak tangan.
9. Terus lurut dan ikutkan hingga ke hujung jari telunjuk. Picit-picit hujung jari telunjuk hingga sakitnya hilang.
10. Ulang proses tadi untuk mata sebelah satu lagi.
11. Ulang lagi kali ini bermula dari tepi batang hidung. Kanan dan kiri hingga ke hujung jari juga.
12. Ulang step 1 dan kali ini bawa ke dagu. Buang kesakitan melalui hujung dagu dengan mencubit-cubit dagu.
Bila sakit tidak terasa lagi. Senyum..... Kalau anda berjaya membawa kesakitan dari hujung mata dan tepi batang hidung ke hujung jari tanpa hilang di tengah, tetapi hilang di hujung jari kesakitan itu, dan hilang sakit di hujung dagu, insyaAllah, tiada mighrain lagi dalam 6 - 7 tahun. AWAS, bila di serang mighrain, jangan di picit behagian kepala yang terasa sakit. Itu hanya "rasa" sakit di situ. Masalahnya bukan di situ!!

Tuesday, November 23, 2010

PANDUAN KESIHATAN DARI RASULULLAH

MANDI PAGI SEBELUM SUBUH

sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi... Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

WAKTU SEMBAHYANG SUBUH


disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang
berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita

MAKAN DENGAN TANGAN

dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sunday, November 21, 2010

KHASIAT; daun kari




Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan untuk berkongsi info tentang tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat kita iaitu daun kari.

Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Pokok kari


Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

•66.3% kelembapan
•6.1% protein
•1.0% lemak
•16.0% karbohidrat
•6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buah kari di rumah KJ
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Saturday, November 6, 2010

RUMAH MUSLIM

Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.


Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.


Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.


Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:





1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.


Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).


2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).



Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)



Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.



Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar

Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.


3. Jangan membina Rumah Megah



Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.


Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.


"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]


Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim]


Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)


Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.


Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:
"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim]


4. Buatlah Rumah yang Baik


Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.


5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.




Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.


Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.


6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.


Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah.
Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)


7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)


Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)


Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.


Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).


Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.


Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.


Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.


Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!


Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .


Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.


8. Rumah Harus Bersih


Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.


"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.


9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah


Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.


Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]


10. Jangan Memelihara Anjing


Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)


11. Peliharalah Anak Yatim


Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.


"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)


12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk


Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.


Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]


Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.


Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.


13. Apabila rumah siap di bina


Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia


Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.






Semoga bermanfaat ... Wallahu 'alam.




DISALIN:

Alfonso de Albuquerque



Alfonso de Albuquerque
(Anak Diluar Nikah)

Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 - 16 Disember1515) adalah seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.

Dilahirkan di Alhandra, berhampiran dengan Lisbon, Portugal, Albuquerque pernah dikenali sebagai "Yang Agung", serta "Marikh Portugis" buat satu tempoh yang agak lama. Ayahnya, Gonçalo de Albuquerque,Herr von Vila Verde dos Francos, memegang jawatan yang penting di dalam istana. Daripada ibunya, Leonor de Menezes, Albuquerque dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah.

Albuquerque menerima pendidikan dalam matematik dan bahasa Latin klasik di istana Afonso V dari Portugal, dan selepas kemangkatan maharaja itu, beliau kelihatan telah berkhidmat di Afrika buat satu tempoh. Pada kepulangannya, beliau dilantik sebagai ketua pengiring raja (estribeiro-mor) kepada John II.

Isi kandungan
[sorok]
1 Operasi di Goa dan Melaka, 1510-1511
2 Pelbagai operasi, 1512-1515
3 Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
4 Rujukan
5 Bibliografi
6 Pautan luar


[sunting]Operasi di Goa dan Melaka, 1510-1511


Tugu Albuquerque di Medan Afonso de Albuquerque, Lisbon (1902).
Albuquerque merancang untuk menguasai dunia Islam dan mengawal rangkaian dagangan rempah ratus. [1] Satu serangan yang gagal ke atas Calicut (modenKozhikode) pada Januari 1510, di mana panglima besar cedera parah, dan segera diikuti dangan pelaburan dan penaklukan Goa. Albuquerque, mendapati dirinya tidak mampu memegang bandar takluk pertamanya, meninggalkannya pada Ogos, sebelum kembali dengan bantuan tambahan pada November, apabila beliau memperolehi milik mutlak. Dia kemudian mengsasarkan tenteranya kepadaKesultanan Melaka, yang diitewaskannya pada 24 Ogos 1511 selepas pertempuran hebat sepanjang Julai. Beliau kekal di bandar tersebut sehingga November 1511 dengan tujuan memperkukuhkan kedudukan Orang Portugis dari serangan balas orang-orang melayu. Beliau turut mengarahkan pembunuhan semua penduduk Islam dalam usaha untuk mengurangkan perpecahan keagamaan dengan harapan ini akan memaksa penganut Hindu dan Muslim untuk bertukar ke agama kristian.[2]

[sunting]Pelbagai operasi, 1512-1515
Pada tahun 1512 beliau belayar Malabar dari Melaka. Dalam pelayaran ini badai kencang melanda menyebabkan kapal Albuquerque, Flor de LaMar, yang membawa harta rampasan beliau yang dikumpul dalam penaklukannya di Melaka, pecah dan karam di perairan Negeri Sembilan dan beliau sendiri hampir lemas dan hanya mampu melepaskan diri dengan nyawanya. pada September tahun yang sama beliau telah tiba di Goa, di mana beliau dengan cepat menindas satu pemberontakan yang serius diketuai oleh Idalcan, dan mengambil langkah sedemikian untuk keselamatan dan keamanan bandar sehinggakan ia menjadi penempatan Portugis yang paling berkembang maju di India. Albuquerque telah beberapa lama diperintah oleh kerajaannya untuk menjalankan satu ekspedisi ke Laut Merah, bagi menguasai saluran komunikasi secara eksklusif bagi Portugal. Sejajar dengan itu beliau telah melakukan pengepungan ke atas Aden pada 1513, tetapi dapat ditangkis; dan berlayar ke Laut Merah, satu perlayaran pertama yang pernah dibuat oleh satu armada Eropah, tanpa sebarang hasil yang memuaskan. Dengan tujuan memusnahkan kuasa Mesir, beliau dikatakan menimbangkan idea untuk memesongkan aliran Sungai Nil dan dengan itu menjadikan seluruh negara tandus. Projek perangnya yang terakhirnya adalah sesaat serangan ke dua atas Ormuz di 1515. Pulau tersebut menyerah kepadanya tanpa tentangan, dan ia kekal dalam tangan Portugis sehingga 1622. Beliau bersikap kurang ajar apabila beliau merancang untuk mencuri jenazah Nabi Muhammad, dan memegangnya sebagai tebusan sehingga seluruh umat Islam telah meninggalkan Tanah Suci.

[sunting]Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
Sedikit sekali di ketahui umat Islam tetapi tercatat dalam Sejarah Portugis di mana Alfonso sebanyak tiga kali menjalankan operasi untuk mencuri jasad Rasullulah di Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali beliau gagal di sebabkan ribut taufan. Ini menyebabkan dia merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau.

Thursday, November 4, 2010

Pasar Malam


2.11.2010=Pengkalan Pegoh,Ipoh.

Wednesday, November 3, 2010

SEBAB DITIMPA KESUSAHAN dan PENDERITAAN

Assalamualaikum..w.b.t..

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


KIRIMAN:
Slanz Haji Mohamed

Tuesday, November 2, 2010

MANDI WAJIB

Mandi Wajib yang betul - JAKIM
>
> Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
> jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
> kerana tidak melakukannya dengan betul.
>
>
> Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
> melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu
> meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
>
>
> Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
> Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
> pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
> penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
>
>
> "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah
> satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
> Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga
> turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan
> betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala
> Lumpur.
>
>
> Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
> ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui
> dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
>
>
> Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
>
>
> Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
>
>
> Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
> mana2 bahagian anggota badan.
>
>
> Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku
> mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
>
> Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "
> Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
>
>
> Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
> telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak
> sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
> menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
> air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
>
>
> Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
> badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
> di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh
> najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
>
>
> Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
> badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama
> ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau
> disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah
> dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
> Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
>
>
> Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang
> sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
> Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
>
>
> Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
> Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
> mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
> rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia
> mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang
> pewarna itu pula bagaimana?..
>
>
> Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
> boleh dibuang begitu mudah.
>
>
> Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
> tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
> rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,
> tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
>
>
> Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
> itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak
> bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya
> menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah
> dipandang dari sudut yg berbeza.
>
>
> Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
> wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau
> tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat
> Islam.
>
>
> Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
> menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki
> dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air
> mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,
> iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .
>
>
> Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada
> air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
>
>
> Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
> mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas
> bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi
> wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala
> tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
>
>
> ** Artikel dipetik dari www.jomlayan.com/mybb