BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Wednesday, October 27, 2010

SOTO AYAM

SOTO AYAM

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
• Semua bahan A nie hendaklah direbus
• Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B
10 bijik bawang merah

Cara memasak:
• Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 jangan banyak sangat
• Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
• Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan C
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.

Bahan-bahan Sambal kicap
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dimakan

No comments:

Post a Comment