BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Wednesday, October 20, 2010

CARA MENJUAL/MEMBELI RUMAH

Saya merupakan agen hartanah di Selangor. Saya cuba jawab soalan Feeza sebaik mungkin apa yg saya tahu k.

1) Jika menggunakan agen hartanah, beliau boleh uruskan daripada A-Z (buat iklan, cari pembeli, dapatkan nilai pasaran rumah tersebut, urusan lawyer bagi perjanjian jual beli, loan bank, etc). Komisyen biasanya di antara 2%-3% daripada harga jualan rumah (tak boleh lebih 3% k coz nih dh ditetapkan oleh kerajaan). Kiranya kalau lantik agen nih tak payah pening2 nk deal dengan org yg mungkin nk beli, mungkin nk tanya2 je, etc. Make sure agen tersebut berdaftar sama ada dengan syarikat agen hartanah atau pemaju atau lawyer k. Saya tatau la plak agen mana yg paling ok di Kulim.

2) Kalau cari buyer sendiri pun bleh juga. Bleh je iklankan di SIM atau di mudah.com. Penilai harga rumah boleh tanya mana penilai di mana-mana bank atau syarikat penilai hartanah coz setiap bank memang ada penilai dia sendiri tp kalau tanya secara formal memang ada bayarannya. Rumah akan dinilai bergantung kepada lokasi rumah, jenis ubahsuai yg dh buat kt umah tersebut, kemudahan yg ada berdekatan dgn rumah tersebut (masjid, sekolah, kedai, highway, etc), etc.

3) Jangan la jual rumah sampai rugi. At least dapat cover bayaran lawyer dan sebagainya. Penjual rumah perlu sediakan wang untuk perkara2 berikut k:

a. YURAN GUAMAN BAGI PELEPASAN HARTA (DISCHARGE FEE)

b. CUKAI KERAJAAN PERKHIDMATAN

c. CUKAI KEUNTUNGAN JUALAN HARTANAH KURANG DRPD 5 TAHUN PEMILIKAN (5% daripada harga keuntungan jualan rumah). Contoh jika rumah dibeli pada 2007 adalah RM200,000. Harga jualan rumah pada 2009 adalah RM250,000. Harga keuntungan jualan rumah tersebut adalah RM50,000. Cukai keuntungan jualan rumah adalah 5% x RM50,000 = RM2,500. (Cukai keuntungan jualan rumah masih boleh dikurangkan dengan mengemukakan dokumen2 bayaran peguam, pemaju, etc semasa urusan jual beli rumah yg terdahulu).

4) Bleh je amik barang2 dlm rumah tuh.

5) Biasanya bagi rumaH yang freehold, urusan jual beli sampai settle ambil masa antara 3-6 bulan, bagi rumah leasehold boleh mencapai masa 9 bulan.

6) tuan rumah akan mendapat cek daripada peguam selepas semua perkara berikut diselesaikan:
· baki hutang pinjaman bank

· cukai tanah, cukai pintu, bil elektrik, bil air, bil IWK, bil maintenance,
· penukaran hak milik tanah, etc


Saya harap maklumat nih dapat membantu.



Seri, Agen Hartanah

017-6348718

No comments:

Post a Comment