BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Saturday, August 28, 2010

Siapa diatas pokok


Hari ini dah berapa hari puasa = 18 hari.

Sunday, August 22, 2010

Surau


Photo Dari tingkap/rumah Ani

Rumah Ani


Lihat ruang masak,luas

Saturday, August 21, 2010

Kuala Lumpur


Disini,Jalan Masjid India BAZAAR RAMADAN dijalankao PENIAGA

Monday, August 9, 2010

Sirih


Apakah ini SIRIH JUNJUNG

Sirih


Junjung ke ni

Saturday, August 7, 2010

Thursday, August 5, 2010

Kebun


Buah Rambutan

DAHSYATnya DOA IBU

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM.yg bertajuk,”

Dahsyat nya doa seorang ibu


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
� Melihat kaabah sehingga menitis air mata
� Membaca quran sehingga menitis air mata
� Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
� “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
� *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
� Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah
� “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
� “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
� Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
� Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
� Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
� Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
� Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
� Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Sunday, August 1, 2010

BATERI KERETA: jaga $ guna

Jika menghadapi masalah pada pemula (starter), minta mekanik melakukan servis pada pemula sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

Periksa air bateri, minyak pelincir dan minyak brek sekerap mungkin. Bateri kekeringan air tidak berupaya menyimpan tenaga elektrik yang dijana alternator kerana air itu bertindak sebagai pengalir elektrik antara plat dalam bateri.
Air bateri menjadi panas apabila enjin dihidupkan kerana arus elektrik mengalir melaluinya. Lama kelamaan, air bateri akan menjadi kurang kerana sebahagiannya menjadi wap.

Kekurangan air bateri menyebabkan. kereta susah dihidupkan walaupun anda menolaknya. Jika hidup, enjin perlu dibiarkan lama tetapi kereta tidak boleh bergerak untuk jangka masa yang lama supaya bateri dapat dicas semula.

Namun, bateri berkenaan hanya boleh menyimpan kuasa selama 10 atau 20 minit sahaja kerana ketiadaan air untuk mengalirkan arus elektrik antara plat.
Perlu diingat bateri ialah nadi untuk menghidupkan enjin, membekalkan kuasa kepada pelbagai aksesori kereta termasuk sistem lampu, audio dan hon.
Bagi kereta baru, bateri yang dipasang sebenarnya hanya mampu membekalkan kuasa menggerakkan pengilap cermin, pemanas cermin belakang, kedua-dua lampu depan dan belakang, sistem audio serta lampu isyarat.
Kuasa bateri dipulihkan alat ulang­alik (alternator) yang akan sentiasa mengecas bateri setiap kali enjin dihidupkan.
Bagaimanapun, perjalanan singkat dan berhenti-­henti, tidak membantu memulihkan kuasa bateri.

Ketahanan bateri tidak bergantung pada jenama kerana setiap bateri adalah sama. la cuma berbeza bentuk, kuasa dan tempoh jaminan pengeluar, jenama dan tahap kualiti bahan yang digunakan bagi membuatnya.

Untuk menentukan jenis bateri yang sesuai:
Sebelum membeli bateri, pastikan kuasa enjin kereta anda; kuasa kuda enjin atau biasa disebut cc (cubic centimeter).
Jika melebihi 1,000 cc, bateri haruslah tidak kurang daripada NS60 (NS ialah ukuran keupayaan. kekuatan tenaga yang dikeluarkan sesebuah bateri).

Gunakan bateri NS70 ke atas jika kereta dipasang pendingin hawa walaupun is kurang 1,000 cc bagi mengelak kekurangan kuasa terhadap enjin terutama ketika mendaki.

Bagaimanapun, rujuk buku panduan kereta bagi memastikan jenis bateri yang sesuai. Bateri berkuasa kurang daripada NS70 boleh digunakan pada enjin melebihi 1,000 cc yang dipasang pendingin hawa tetapi timbul masalah kekurangan kuasa pecut.
Penggunaan aksesori berlebihan seperti lampu tumpu berkuasa tinggi menyebabkan kuasa bateri mudah lemah terutama apabila semua peralatan menggunakan elektrik dipasang.

BH

KEMALANGAN: Apa Anda Perlu Urus

1) Mula-mula sekali, jangan panik.
Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang Ijip, cuba ingati apa makanan kegemaran anda. Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya. Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera. Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.
Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran. Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.

Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik.

Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCB (No Claim Bonuses).

2. Melaporkan kejadian di balai polis

Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak.

Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasa yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.

3. Dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas kejadian

Anda perlu menyerahkan salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan serta Cover Note insuran kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) cawangan trafik di mana kemalangan itu berlaku.

Jika anda melaporkan kejadian bukan di IPD kawasan kemalangan, anda perlu berhubung dengan IPD trafik kemalangan bagi mengenalpasti siapakah pegawai penyiasat kes anda.

Anda perlu mendapat perkara berikut sebelum berhubung dengan pihak insuran:

a. Salinan laporan anda yang disahkan
b. Salinan laporan pihak ketiga yang disahkan
c. Rajah tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
d. Kunci penanda tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
e. Laporan kes yang disahkan oleh pegawai penyiasat
f. Gambar kenderaan anda yang disahkan

Proses memdapatkan segala dokumen di atas agak merumitkan sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan ie: Hulu Tembeling.

Adalah disarankan anda sentiasa menghubungi pegawai penyiasat bagi mengetahui situasi dokumen yang diperlukan tetapi jangan sampai mendesak dan memberitahu apa yang perlu mereka lakukan.

Di sini pentingnya diplomasi dan yang penting, anda berjaya mendapatkan apa yang anda perlukan *gelak penoh makna*

4. Prosedur membuat tuntutan

Setelah memperoleh segala dokumen yang diperlukan, anda boleh membawa kenderaan anda di mana-mana bengkel yang boleh membuat tuntutan insuran dan mempunyai kelengkapan membaiki, mengimpal dan mengecat di satu tempat.

Jika anda membuat tuntutan atas insuran anda sendiri, maka anda mempunyai tempoh selama 2 tahun untuk berbuat demikian dan 5 tahun sekiranya membabitkan pihak ketiga.

Pihak bengkel akan membuat tuntutan kepada pihak anda dan pihak insuran anda pula akan membuat tuntutan kepada pihak insuran ketiga. Pastikan tidak ada barangan berharga (duit syiling, kad Touch & Go, CD etc) ditinggalkan di dalam kereta anda.

Juga jangan sekali-kali tinggalkan Central Lock anda bersama kunci. Tinggalkan hanya kunci kenderaan dalam bentuk manual.

Pastikan juga anda bertanya apakah barangan yang perlu diganti dan tandatangani borang perakuan sebelum anda meninggalkan kereta.

Seperti juga dengan pihak polis, anda juga memerlukan diplomasi & hubungan baik dengan pihak bengkel bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Hubungi mereka selalu (tapi jangan kerap!) bagi mengetahui situasi kenderaan anda.

5. Mengambil kenderaan

Pastikan anda memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menandatangani apa-apa dokumen pelepasan. Bertanyalah dengan mekanik sekiranya anda tidak pasti, itu hak anda.

Pihak bengkel juga akan menguruskan tuntutan hilang upaya kenderaan sementara (bergantung kepada cc kenderaan anda).

Pastikan anda menguji kenderaan anda terlebih dahulu sebelum membawanya pulang







Sumber: ibinblog.wordpress.com

WANITA: tertib & santun

(Diambil dari sabda2 Rasulullah s. a. w.)

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

3. Saidatina Aisyah r. a. berkata : "Saya pernah bertanyakan Rasulullah s. a. w. tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s. a. w. : "Suaminya". Bertanya pula Aisyah : "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah s. a. w. : "Ibunya".

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?" . Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?. "

8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.

9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).

14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.

16. Ibnu Umar berkata : Telah datang seorang kepada Rasulullah S. A. W. lalu bertanya : "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda : "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."


TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah s. a. w.)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah s. a. w. bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya.

Orang berpakaian telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat).

Orang alim jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.



LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah s. a. w.)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli.

Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum).

Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?" .
Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?. "





KIRIMAN:
fuzzy4er@yahoo.com

PUASA: berbuka cara terbaik

CUBA kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita. Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang.

Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?

Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia.

Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan.

Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui
1. nafas berbau,
2. peluh juga berbau,
3. kulit kering bersisik dan gatal,
4. air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap
5. kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami
sakit kepala,
lenguh badan dan
demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku
selesema dan
kahak serta
lendir dan keputihan.


Kaedah terbaik ketika berbuka:

1. Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.

2. Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.

3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

4. Kurangkan kadar makanan daripada biasa.

5. Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.

6. Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.



Cara berbuka yang boleh memudaratkan:

1. Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).

2. Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.

3. Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

4. Mengulangi makan sepanjang malam.

5. Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.

6. Tidur selepas kenyang makan.


Bagaimanapun, umat Islam perlu beringat dan tidak lupa diri selepas

Ramadan kerana amalan ketika Aidilfitri juga boleh merosakkan manfaat puasa seperti:

1. Makan banyak (terutama daging, berempah, berlemak dan berminyak).

2. Makan kerap.

3. Kuih-muih yang payah dihadam.

4. Air mengandungi pewarna, perasa tiruan.

Mesej utama ialah, pembaziran juga 'pembunuh' kesihatan manusia kerana hidup dalam keadaan terlalu mewah tanpa berusaha menjaga kesihatan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.


Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter) .
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan



Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok




KIRIMAN;
fuzzy4er@yahoo.com