BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Friday, October 29, 2010

Thursday, October 28, 2010

Taman Desa Aman


Selamat Datang

UNSUR BAHANA ROKOK







Anda perokok. Saya tidak. Dulu,saya perokok. Ia bermula ketika saya bekerja di pejabat dan didekati ramai kekawan yang harap saya bantu mereka buat sesuatu untuk mereka. Tapi, saya tidak berbuat sesuatu tersebut untuk mereka. Anehnya, mereka beri sesuatu untuk saya iaitu ROKOK. Dalam laci meja saya penuh dengan ROKOK,mungkin berpuluh kotak. Saya kabar pada kawan sepejabat, dalam laci meja saya banyak ROKOK. Mereka kata saya bodoh sebab tak sudi HISAP pemberian kawan iaitu ROKOK. Akhirnya, saya HISAP sebatang,setiap hari. Akhirnya, saya tageh dan beli rokok. Ketika itu, usia saya belasan tahun saja.

Wednesday, October 27, 2010

Stir-fried Bee Hoon With Mushroom

Stir-fried Bee Hoon With Mushroom



Bahan-Bahan
200 gm Beehoon –direndam hingga lembuk
1 sudu makan Tepung jagung – dicampur dengan air
300 ml Pati ayam

A:
1 ulas Bawang – dihiris
2 ulas Halia muda
2 ulas Bawang putih – ditumbuk

B:
2 sudu makan Sos tiram
1 sudu teh Minyak bijan
1 sudu makan Sos cili
1/2 sudu makan Lada hitam – ditumbuk

C:
100 g Cendawan oyster
100 g Cendawan Japanese
100 g Kailan
1 biji Telur

Cara memasak:
•Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga harum dan masukkan pati ayam.
•Masukkan bahan-bahan B dan biarkan ia mendidih.
•Masukkan serbuk perasa jika perlu.
•Masukkan bahan-bahan C.
•Setelah mendidih, tutup api dan masukkan telur.

Spaghetti Seafood

Spaghetti Seafood


Bahan-Bahan
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

Cara memasak:
•Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
•Masukkan udang dan sotong.
•Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
•Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
•Hiaskan dengan daun parsley.

Mee Rebus

Mee Rebus



Bahan-Bahan
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
•Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak

dan berbau wangi.
•Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
•Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
•Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang

Mee Kuah Tomato

Mee Kuah Tomato



Bahan-Bahan
600 g mee kuning
300 g daging yang dipotong kecil dan direbus
300 g udang
300 g sawi putih
5 kelopak kobis
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air rebusan daging
1/2 sudu teh lada putih
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 ulas bawang putih dikisar
12 tangkai cili kering dikisar
Setangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
•Panaskan minyak di atas kuali, tumiskan bawang besar hingga wangi.
•Masukkan bawang putih, cili giling dan serbuk lada putih.
•Kemudian masukkan daging, udang, tomato puri dan air rebusan daging.
•Apabila mendidih masukkan kobis, sawi dan mee kuning. Kacaukan rata-rata.
•Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Anda jugak boleh menambahkan bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.

Mee Hailam

Mee Hailam



Bahan-Bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
•Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
•Masukkan sayur - sayuran dan mee.

Mee Goreng Thai

Mee Goreng Thai



Bahan-Bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2"
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
•Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
•Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
•Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.

Mee Bandung

Mee Bandung



Bahan-Bahan
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
•Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
•Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
•Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
•Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
•Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

Makaroni Bakar

Makaroni Bakar



Bahan-Bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)

sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis

Cara memasak:
•Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
•Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
•Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
•Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau) Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
•Bakar dgn api yg sederhana.

Laksa Johor

Laksa Johor



Bahan-Bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak:
•Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
•Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
•Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
•Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Kuay Teow Mikro

Kuay Teow Mikro



Bahan-Bahan
1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara memasak:
•Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
•Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
•Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

Claypot Yee Mee

Claypot Yee Mee



Bahan-Bahan
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara memasak:
•Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
•Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
•Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
•Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain) macam tengok kat kedai makan tu.

URAP AYAM

URAP AYAM

Bahan-Bahan
8 btg lada merah - dikisar
4 btg cili padi - dikisar
8 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 btg serai - dikisar
2 helau daun limau - dikisar
6 biji buah keras - dikisar
1/4 cawan minbyak sayur
3 sdm sos ikan
4 sdm gula jawa / melaka
2 biji limau nipis - diambil jusnya
Santan dari sebiji kelapa

Bahan-bahan untuk urap :
2 keping tahu - didadu dan digoreng
1/2 biji timun - dihiris
4 keping tempe - didadu dan digoreng
1/4 biji nenas - dihiris
10 btg kacang panjang - dihiris dan dicelur
2 helai daun kunyit - dihiris
8 keping isi ayam - dipotong dan digoreng
1/2 biji kelapa - diparut dan digoreng
1 cawan bawang goreng
1 ikat kangkong - dipotong dan dicelur

Cara memasak:
• Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
• Masukkan santan dan biarkan ianya mendidih sampai pekat.
• Kemudian masukkan gula jawa, sos ikan dan jus limau.
• Padamkan api, sejukkan sos tadi sebelum digaulkan dengan bahan-bahan urap tadi.

SOTO AYAM

SOTO AYAM

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
• Semua bahan A nie hendaklah direbus
• Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B
10 bijik bawang merah

Cara memasak:
• Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 jangan banyak sangat
• Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
• Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan C
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.

Bahan-bahan Sambal kicap
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dimakan

RENDANG AYAM

RENDANG AYAM

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
3 biji kelapa parut
1 helai daun kunyit
2 batang serai (titik)
sedikit garam

Tumbuk
15 biji cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 sm halia
8 sm lengkuas
20 biji lada hitam
20 biji cili padi

Cara memasak:
• Masukkan bahan giling kedalam kuali bersama-sama 3 mangkuk pati santan, daun kunyit dan serai.
• Bila mendidih masukkan ayam dan garam. Masak hingga empuk ayamnya.

AYAM TANDOORI

AYAM TANDOORI

Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong empat

Tumbuk
200g bawang besar
30g bawang putih
30g halia muda

Perasa
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna merah
200g jus limau
120g serbuk cili
10g garam masalayogurt asli
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
• Campurkan semua bahan untuk ramuan tandori pada ayam yang telah dipotong empat dibersih dan buang kulit.
• Perapkan dengan ramuan tandori untuk semalaman.
• Bakar dalam ketuhar tandori atau ketuhar biasa pada 230c untuk 20 minit.Sedia untuk dihidangkan.

AYAM SATAY GORENG

AYAM SATAY GORENG

Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong 8
3 cawan air
garam dan gula merah secukupnya
5 biji limau nipis

Tumbuk
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 1/2 sudu makan cili kisar
1 susu makan ketumbar
2 batang serai
4sm lengkuas

Perasa
20g asam campur dengan 1/2 cawan air
100g kacang digoreng dan ditumbuk halus

Cara memasak:
• Panaskan oven ke 175oC.
• Tumis bahan kisar selama 2 minit dan masukkan air asam. Masukkan kacang, setelah mendidih masukkan ayam.
• Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kuahnya pekat. Masukkan garam dan gula merah.
• Bakar ayam selama 10 minit.

AYAM MASAK MERAH

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan
1 ekor ayam kecil dipotong 8
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

*Tumbuk
10 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji gajus
4 tomato biji (kisar asing dengan gajus)

Cara memasak:
• Satukan ayam, air asam jawa, bahan-bahan yang dikisar dan bahan-bahan kisar keringdan masakkan atas api hingga air ayam kering.
• Masukkan santan, daun limau purut dan serai. Kacau hingga kuahnya pekat.
• Masukkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

AYAM MASAK LOMAK CILI API

AYAM MASAK LOMAK CILI API NOGORI STYLE

Bahan-Bahan :
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
• Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
• Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
• Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
• Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
• Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
• Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota:
• Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

AYAM KURMA

AYAM KURMA

Bahan-bahan
600 gm ayam
2 biji ubi kentang dipotong empat
1 biji bawang besar dipotong empat
2 sudu besar kerisik
santan pekat semangkut
gula dan garam secukup rasa
sedikit kayu manis dan bunga lawang
minyak untuk masak

*Tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1.5 packet kecil rempah kurma Adabi

Cara Memasak
• Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
• Masukkan bahan yang ditumbuk yang telah digaul rata bersama rempah kurma, tumis sehingga naik bau wangi.
• Masukkan ayam yang telah dipotong, kacau sehingga setengah masak.
• Masukkan santan pekat, kacau sekejap.
• Masukkan kerisik dan kacau rata, tunggu sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
• Masukkan ubi kentang dan bawang yang dipotong, tunggu sehingga lembut.
• Masukkan garam secukup rasa serta sedikit gula.

AYAM KICAP

AYAM KICAP

Bahan-Bahan
1 ekor ayam muda (dibuang kulit potong 12)
4 biji bawang besar (dikisar halus)
6 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 sm halia (dikisar halus)
1 sdm serbuk lada putih
3 sdm kicap
2 sdm bawang kecil (untuk dibuat bawang goreng)

Cara Memasak
• Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan serbuk lada putih.
• Tumiskan bahan kisar. Masukkan ayam dan tuangkan sedikit air.
• Masukkan kicap, bawang goreng dan masak hingga kering.

AYAM HITAM MANIS

AYAM HITAM MANIS

Bahan-Bahan
4 ketul Peha ayam spring (tanpa lemak)
10 biji Shiitake cendawan
2 biji Kentang (bersama kulit)
2 sdm Campuran halia dan lengkuas yang telah digiling halus
1 biji Bawang besar (dimayang)
1 sdm Bawang putih dan kacang merah (digiling halus)
2 sdm Sos lada
2 sdm Kicap pekat manis
1 sdt Serbuk rempah tumis
1 gelas Air sejuk

Cara Memasak
• Ayam digaul dengan halia, lengkuas, sos lada dan garam.
• Masukkan kentang, cendawan, bawang besar, bawang putih, sos lada, kicap, serbuk rempah dan digaul.
• Masukkam sedikit air dan masak selama 10 minit.

AYAM ARISA

ARISA

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dibuang kulitnya)
2 mangkuk air
½ biji buah pala
1 tin oats kecil
1 ½ cawan minyak jagung/minyak sayur
1 cawan kacang pis
3 batang cili merah (dihiris)
2 batang daun sup dan daun bawang (dihiris)
½ sdt garam

Cara masak Cara
• Rebuskan ayam bersama dua mangkuk air dan ½ biji buah pala dan sedikit garam secukup rasa.
• Setelah empuk ayam, diangkat dan ditoskan ayam tadi. Kemudian disiat-siatkan isinya dan dikisarkan kasar sedikit.
• Air rebusan ayam tadi dipanaskan lagi hingga mendidih, setelah mendidih masukkan oats dan kacau masak dan sebati.
• Setelah masak oats tadi, masukkan isi ayam, minyak dan jagung gaul hingga rata dan pekat.
•Apabila nampak ianya bergetil dan diangkat dituangkan kedalam mangkuk kaca dan tekan sehingga rata.
•Taburkan kacang pis, lada merah, daun sup dan daun bawang diatasnya.

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara memasak:
• Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
• Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
• Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
• Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
• Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan

AYAM BERIANI

AYAM BERIANI

Bahan-bahan
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

*Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara memasak:
• Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
• Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
• Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
• Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
• Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.

AYAM GORENG BERMADU

AYAM GORENG BERMADU

Bahan-bahan
1 ekor ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)
minyak untuk menggoreng
120g gajus

Perasa
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap

Cara Memasak
• Gaul ayam bersama serbuk lada hitam, madu dan kicap.Perap selama 1 jam.
• Panaskan minyak dan goreng ayam itu sehingga garing.
• Kemudian goreng pula gajus itu dan ketika menghidangkannya,tabur gajus itu ke atas ayam dan hiaskan dengan hirisan timun.Hidangkan panas-panas.

MASAK ASAM PEDAS: ikan patin/belukang
















BAHAN ( 1 kluarga leh makan )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Apa jenis ikan pun buleh, janji korang suka ~
sumber: syok.org

Tuesday, October 26, 2010

Speghetti Dan Sos Prego

Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian……. oleh itu kita yg berugama islam di mestikan menyemak lebel bahan-bahan yg digunakan pada sesuatu produk yg di hasilkan sekiranya was-was jangan beli.perlu diingatkan makanan mempengaruhi anak2 kita......





Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail kepada Tok Wan dan kini e-mail tersebut Tok muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.





Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.





SITI SHAWALRIAH MOHAMAD AB. JAMIL

Pasukan Inovasi 2

Bahagian Perancangan, Inovasi Dan Penyelarasan

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

Tel: 03 8872 5685|E-mail: shawalriah@pcb.gov.my

RECIPE: bun epal













BAHAN A

480gram Tepung Roti
120gram Tepung Serbaguna
110gram Gula
10g Garam
20g Susu Tepung
12g Yis Kering


BAHAN B

1 biji telur (A)
300ml air sejuk


BAHAN C

60 gram mentega (saya pakai unsalted)
Cara Buat

Bahan A, disatu dan di gaul dengan menggunakan "hook" yang terdapat pada mixer anda.

Kemudian masukkan Bahan B - di sambung gaul sehingga bergaul cantik. Kemudian masukkan Bahan C, gaul sehingga adunan tersebut lembut dan bila ditarik adunan itu ia membentuk satu lapisan nipis seperti chewing dan tidak pecah. (Gambar seperti di bawah).

Biarkan doh bertutup selama 45 minit. Adunan akan menjadi 2 kali ganda saiz yang sebenarnya.

Wednesday, October 20, 2010

CARA MENJUAL/MEMBELI RUMAH

Saya merupakan agen hartanah di Selangor. Saya cuba jawab soalan Feeza sebaik mungkin apa yg saya tahu k.

1) Jika menggunakan agen hartanah, beliau boleh uruskan daripada A-Z (buat iklan, cari pembeli, dapatkan nilai pasaran rumah tersebut, urusan lawyer bagi perjanjian jual beli, loan bank, etc). Komisyen biasanya di antara 2%-3% daripada harga jualan rumah (tak boleh lebih 3% k coz nih dh ditetapkan oleh kerajaan). Kiranya kalau lantik agen nih tak payah pening2 nk deal dengan org yg mungkin nk beli, mungkin nk tanya2 je, etc. Make sure agen tersebut berdaftar sama ada dengan syarikat agen hartanah atau pemaju atau lawyer k. Saya tatau la plak agen mana yg paling ok di Kulim.

2) Kalau cari buyer sendiri pun bleh juga. Bleh je iklankan di SIM atau di mudah.com. Penilai harga rumah boleh tanya mana penilai di mana-mana bank atau syarikat penilai hartanah coz setiap bank memang ada penilai dia sendiri tp kalau tanya secara formal memang ada bayarannya. Rumah akan dinilai bergantung kepada lokasi rumah, jenis ubahsuai yg dh buat kt umah tersebut, kemudahan yg ada berdekatan dgn rumah tersebut (masjid, sekolah, kedai, highway, etc), etc.

3) Jangan la jual rumah sampai rugi. At least dapat cover bayaran lawyer dan sebagainya. Penjual rumah perlu sediakan wang untuk perkara2 berikut k:

a. YURAN GUAMAN BAGI PELEPASAN HARTA (DISCHARGE FEE)

b. CUKAI KERAJAAN PERKHIDMATAN

c. CUKAI KEUNTUNGAN JUALAN HARTANAH KURANG DRPD 5 TAHUN PEMILIKAN (5% daripada harga keuntungan jualan rumah). Contoh jika rumah dibeli pada 2007 adalah RM200,000. Harga jualan rumah pada 2009 adalah RM250,000. Harga keuntungan jualan rumah tersebut adalah RM50,000. Cukai keuntungan jualan rumah adalah 5% x RM50,000 = RM2,500. (Cukai keuntungan jualan rumah masih boleh dikurangkan dengan mengemukakan dokumen2 bayaran peguam, pemaju, etc semasa urusan jual beli rumah yg terdahulu).

4) Bleh je amik barang2 dlm rumah tuh.

5) Biasanya bagi rumaH yang freehold, urusan jual beli sampai settle ambil masa antara 3-6 bulan, bagi rumah leasehold boleh mencapai masa 9 bulan.

6) tuan rumah akan mendapat cek daripada peguam selepas semua perkara berikut diselesaikan:
· baki hutang pinjaman bank

· cukai tanah, cukai pintu, bil elektrik, bil air, bil IWK, bil maintenance,
· penukaran hak milik tanah, etc


Saya harap maklumat nih dapat membantu.



Seri, Agen Hartanah

017-6348718

Ubat Diabetes

Once you got diabetes, it is not an option to not control your food intake. It is ironic that diabetes which is related with obesity and eating lifestyle could also be control with food, but certain special food which have unique natural ingredient in a way that make them healthy food for diabetics.

These are 9 Healthy Food For Diabetics


1. Bitter Gourd/Peria Katak
Bitter gourd is a vegetable which naturally contain plant insulin. Juice of fresh bitter gourd, if consumed twice a day greatly helps in controlling the level of blood glucose.

2. Cinnamon/Kulit Kayu Manis

Spice famously link with Indian and South East Asia cuisine also have natural insulin. Other than normally used in food ingredient, its specific preparation for diabetes treatment is not scientifically known.
A study at the Human Nutrition Research Center in Beltsville, Maryland, found that if you use ½ teaspoon of cinnamon daily, it can make cells more sensitive to insulin. Therefore, the study says, the cells convert blood sugar to energy.


After 40 days of taking various amount of cinnamon extract, diabetics experienced not only lower blood sugar spikes after eating, but major improvements in signs of heart health. And you can sprinkle cinnamon on just about anything.


3. Gymnema Sylvester
Gymnema Sylvester is an ayuvedic herb. Indian expert strongly recommend the diabetics to consume around 4gm of Gymnema Sylvester daily

4. Jamun Seed
Powder of Jamun seed if consumed with honey daily could reverse the diabetic condition

5. Raw Garlic/Halia Mentah
Raw Garlic is most commonly used spice, consuming raw garlic helps to lower down the level of blood glucose.

6. Fenugreek
Fenugreek is an Indian herb. It has been clinically proven that consumption of 3gm fenugreek daily could helps diabetec control diabetes's sympton.

7. Amla
Amla juice mixed with bitter gourd juice helps prevent dangerous spike of blood glucose level.. High blod glucose level will lead to various diabetic complications.

8. Neem Leaves
A handful of neem seeds are healthy for diabetics

9. Vinegar
Vinegar has the ability to drastically reduce the formation of spike in blood glucose level.


http://www.ubatdiabetes.blogspot.com

Tuesday, October 19, 2010

SUMPAH: zihar dan ila'

Assalamualaikum,
soalan yg dikemukakan di bawah ini sebenarnya perlu dilihat dari sudut untuk memahami hukum SUMPAH dan kesan daripada sumpah terhadap perkahwinan tersebut. Ustaz Juraish Kamarudin al-Muhami seorang peguam Shari'e yg membincangkan perkara ini di dalam buku yang dikupas detail yang bertajuk "Memahami Zihar dan Ila': Kesalahan Seksual Rumahtangga yang mengakibatkan perceraian."

Perkara pertama yang perlu dilihat ialah adakah sumpah itu sah kerana si suami tidak menyebut Demi Allah, atau Wallahi atau Lillahi. Saya bertanya guru saya yg lebih arif, adakah sumpah atas nama perkahwinan itu dikira sumpah? kerana orang Islam hanya boleh bersumpah dengan nama Allah. Kata guru saya, sumpah atas nama perkahwinan itu tidak dikira sebagai sumpah yang sah. dan apabila sumpah itu tidak sah maka suami tadi boleh 'bersama' dengan isterinya tanpa perlu membayar kafarah yamin. (kafarah sumpah).

Menurut mazhab Shafi'i, 'ila ialah sumpah yg dibuat oleh seorang suami yg mampu bersetubuh untuk tidak menyetubuhi isterinya selama tempoh lebih daripada 4 bulan atau tanpa menyebutkan tempoh atau dengan selama-lamanya.

Contoh lafaz 'Ila' ialah "Demi Allah, aku tidak akan menyentuh engkau lagi" atau "Demi Allah aku tidak akan menyetubuhi engkau lagi/tidak akan menyetubuhi engkau selama-lamanya." Perkataan sentuh hanya akan menjadi 'ila' jika suami berniat tidak akan bersetubuh dengan isterinya.

Hukum 'Ila' adalah haram kerana ianya telah mengharamkan persetubuhan dengan isteri yg telah halal dinikahi. Islam telah menetapkan beberpa perkara mengenai 'ila'.

1. Tempoh maksimum utk suami meninggalkan persetubuhan dengan sengaja tidak boleh melebihi 4 bulan berturut2.Jika sumpah itu menyebut kurang daripada 4 bulan tidak dikatakan ila'.
2. Suami boleh meneruskan perkahwinan jika ia sanggup balik menarik balik sumpahnya sebelum tamat 4 bulan dan menunaikan kifarat sumpah.
3. Isteri yg diila, tidak tertalak dengan serta merta, tetapi ia wajib menunggu selama 4 bulan atau sehingga suaminya menyetubuhinya sebelum tamat tempah 4 bulan
4. dlm tempoh ila, suami masih wajib memberi nafkah kecuali jika isteri itu nusyuz.
5.Suami boleh menyetubuhi istrinya yang diila' pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh 4 bulan tetapi mesti membayar kafarah sumpah.
6. Jika selepas tamat 4 bulan, suami masih tidak menyetubuhi isterinya, maka isteri diberi pilihan utk menuntuk suami melakukan persetubuhan atau menuntut talak melalui proses kehakiman.
7. Jika suami masih enggan 'bersama ' isterinya atau menggan menceraikan maka hakim mahkamah Syariah boleh menjatuhkan satu talak yg boleh dirujuk.
8. Jika suami isteri rujuk semula dalam masa eddah, maka hukum ila' akan bermula semula dari waktu ruju' sehingga tamat 4 bulan yg berikutnya.
9. jika isteri yg diceriakan itu tidak dirujuk hingga tamat tempoh eddahnya, atau diceraikan dengan talak 3, maka terbatallah ila tersebut. dan wanita itu boleh bernikah dengan orang lain selepas tamat tempoh eddahnya.

Kaffarah Ila'.
Kewajipan membayar kafarah sumpah utk perbuatan ila' ini boleh dilihat di dalam surah al-Maidah ayat 89.

"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah kamu yang tidak disengajakan, tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengajakan dengan bersungguh-sungguh. Kaffarahnya ialah memberi makan sepuluh org miskin iaitu daripada jenis makanan yg kamu biasa berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba yang muslim.Kemudian sesiapa yg tidak mampu menunaikan kaffarah itu hendaklah berpuasa 3 hari. Demikian itu ilah kaffarah penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah..."

Kaffarah pilihan:
1. memerdekakan hamba yg muslim (tidak ada lagi hamba pada hari ini)
2.Atau memberikan makanan yg mengenyangkan kepada 10 fakir miskin dengan scupak makanan asasi bagi setiap org. Kadar timbangannya adalah mengikut kadar zakat fitrah.
3. Atau memberikan pakaian yg dapat yg menutup tubuh badan kepada 10 org miskin. sepasang seorang. Disunatkan memberikan pakaian yg baru dan selesa dipakai.bukan yg terlalu nip[is atau buruk.
4. Pilihan terakhir jika tidak mampu menunaikan pilihan2 di atas ialah berpuasa selama 3 hari. Lebih baik jika ditunaikan secara 3hari berturut2.

Tajuk ila' ini amat panjang jika dipelajari dengan mendalam. Saya cuma memberikan maklumat yg paling asas. Kesimpulannya, jika sumpah itu sah, maka semua perkara mengenai ila ini terpakai kepada suami isteri tadi.

saya mendapat maklum balas daripada ustaz juraish ketika sedang menaip email ini. Katanya tidak ada perbahasan ulama yg menyebut bersumpah atas nama perkahwinan itu dibenarkan. Maksudnya tidak sah sumpah tersebut. Tetapi suami tadi perlu benar2 ikhlas berfikir, adakah sumpah itu maksudnya Demi Allah atau demi perkahwinan? Nasihat saya dan nasihat ustaz juraish kepada isteri tersebut, janganlah membangkitkan kemarahan suami dengan enggan melakukan satu tugas yang wajib anda lakukan sebagai isteri.
kepada si suami pula, jangan terlalu cepat melenting dan mengambil jalan bersumpah utk menunjukkan kemarahan atau kekecewaan anda. Bermuhasabah lah. Jika hati masing2 tidak ada lagi kasih sayang..adakah wajar anda meneruskan perkahwinan ini? Tepuk dada tanyalah iman.


wassalam
Dr Fauziah
Islamic Law Department
UIA

Monday, October 18, 2010

Tukang Urut


Rawat Paru Paru Berair

Saturday, October 16, 2010

Jelly Kulit Babi/Khinzir

 
Posted by Picasa


Memang banyak dijual (tengok attachment ni betul2)...kat kedai runcit n pasar malam,.... pesan2 le pd anak2, kesian diorang...forward ye...jgn diabaikan bende2 ni. Dah keluar dalam Harian Metro, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca. Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja.

Mudah2an kita dapat mengambil perhatian

Wednesday, October 13, 2010

Friday, October 8, 2010

REFLEXOLOGI

Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak

Menjadi orangtua(AYAH+EMAK) adalah hal yang paling penting di dunia, mengajar anak 7 hal berikut ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab supaya berfungsi untuk berdikari:

1. Mencuci pakaian sendiri
Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi iaitu suci menurut HUKUM ISLAM dan layak diguna ketika SOLAT; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.

Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

2. Memasak yang sederhana
Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.

Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini,menyedia MENU, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.

3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri
Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan dia akan belajar menggunakannya secara bijak. Bila ia suka berjualan/berniaga untuk menambah wang saku atau memberikan les privat pelajaran, atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standart kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima. Mereka turut diajar JIMAT dan SIMPAN duit lebih dalam bank sebelum diguna untuk membeli BARANG atau membayar SERVIS demi manfaat.

4. Memilih teman yang baik
Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengontrol secara detail hubungan pertemanan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeda, berpikiran terbuka dan easy-going. Saat hubungan memburuk, orangtua harus suportif dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahwa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.

5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan
Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan/muafakat sesama sendiri) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta diantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk mengakomodasi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.


6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun
Bekali anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum karena bisa menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.

7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik
Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi pribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbedaan dan menjadi orang yang dapat dipercaya, mampu memaafkan dan rendah hati. Malah diajar bertanya dahulu sebelum menyaran idea baru kepada kawan.

Wednesday, October 6, 2010

Ketua Keluarga


Tugasnya laras INFO yg dilapor ahli,rumus DATA yg diselia & resmi CARA yg dilatih. Jg menilai IZIN

Tahniah! Kepada Anakanda Dan Menantu







Semoga pertunangan mika jadi permulaan baik untuk pernikahan mika. RANCANG dan BINCANG lah setiap perkara supaya mudah diurus, dibiaya dan dikongsi iaitu dilaksana sebagai budaya manusia dan aktiviti kehidupan.

MENANTU belasah MERTUA sebab RM10,000

Mentua berdarah dibelasah menantu
Oleh Hadzlihady Hassan

2010/09/24


AMPANG: Menantu setan! Itu gelaran layak buat seorang lelaki yang membelasah ibu mentuanya selepas berang kerana dianggap campur tangan dalam hal ehwal rumah tangganya di Taman Cahaya, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Ahad lalu, mangsa yang berusia lingkungan 50-an ditumbuk di muka hingga hidungnya berdarah, selain ditendang di perut.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memecahkan cermin teksi milik ibu mentuanya selepas wanita berkenaan memberitahu mahu membuat laporan polis.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila seorang jiran menghubungi mangsa mengatakan anak perempuannya dipukul menantunya, menyebabkan wanita itu bergegas ke rumah pasangan berkenaan.

“Jiran itu menghubungi mangsa dan memaklumkan anaknya sudah tiga hari dipukul menantunya. Sejurus mengetahui hal itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi, bergegas ke rumah anak dan menantunya itu,” katanya.

Sumber itu berkata, sejurus tiba, mangsa bertanyakan kepada menantunya mengapa dia sanggup berbuat demikian kepada isterinya.

Mendengarkan soalan itu, menantunya secara tiba-tiba naik angin dan terus menendang perut ibu mentuanya tanpa belas kasihan.

“Bagaikan dirasuk, dia kemudian mengamuk dan memecahkan semua barang dalam rumahnya hinggakan mangsa turut terkena serpihan barangan yang pecah itu, selain ditumbuk hingga hidungnya berdarah,” katanya.

Menurutnya, melihat menantunya semakin menggila mangsa cuba melarikan diri dan memberitahu akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Berikutan itu, menantunya mengekori mangsa sebelum menghayunkan topi keledar ke cermin teksi mangsa. Lelaki terbabit kemudian terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersama anak perempuannya,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

Difahamkan, lelaki terbabit bertindak memukul isterinya kerana dia gagal mendapatkan wang berjumlah kira-kira RM10,000 yang dikatakan untuk menjamin seorang saudaranya yang ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun Keseksaan.

Saturday, October 2, 2010

Friday, October 1, 2010