BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Saturday, July 31, 2010

SOLAT TAHAJJUD: 2 rakaat

DOA SOLAT TAHAJJUD

MAKNA DOA:
“Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji’. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.umlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat
.

Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala

kHAIFIATnya: Belum diedarkan



KIRIMAN:
fuzzy4er@yahoo.com

NISFU SYAABAN: Larangan Berpuasa

Oleh Ustaz Muhammad Abduh

Puasa Setelah Pertengahan Sya'ban

Ada beberapa lafaz yang membicarakan larangan puasa setelah pertengahan bulan Sya'ban.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا ان�'تَصَفَ شَع�'بَانُ فَلاَ تَصُومُوا

"Jika tersisa separuh bulan Sya'ban, janganlah berpuasa." (HR. at-Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)

Dalam lafaz lain,

إِذَا كَانَ الن�`ِص�'فُ مِن�' شَع�'بَانَ فَلاَ صَو�'مَ حَت�`َى يَجِىءَ رَمَضَانُ

"Jika tersisa separuh bulan Sya'ban, maka tidak ada puasa sampai datang Ramadhan." (HR. Ibnu Majah no. 1651)

Dalam lafaz yang lain lagi,

إِذَا كَانَ الن�`ِص�'فُ مِن�' شَع�'بَانَ فَأَم�'سِكُوا عَنِ الص�`َو�'مِ حَت�`َى يَكُونَ رَمَضَانُ

"Jika tersisa separuh bulan Sya'ban, maka tahanlah diri daripada berpuasa hingga datang bulan Ramadhan." (HR. Ahmad)

Sebenarnya para ulama berselisih pendapat dalam menilai hadits-hadits di atas dan hukum mengamalkannya.

Di antara ulama yang menshahihkan hadits di atas adalah At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Ath Thahawiy, dan Ibnu `Abdil Barr. Di antara ulama kontemporari yang menshahihkannya adalah Syaikh Al Albani rahimahullah.

Sedangkan ulama lainnya mengatakan bahawa hadits tersebut adalah hadits yang mungkar dan hadits mungkar adalah di antara hadits yang lemah. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah `Abdurrahman bin Mahdiy, Imam Ahmad, Abu Zur'ah Ar Rozi, dan Al Atsrom. Alasan mereka adalah kerana hadits di atas bertentangan dengan hadits,

لاَ تَقَد�`َمُوا رَمَضَانَ بِصَو�'مِ يَو�'مٍ وَلاَ يَو�'مَي�'نِ

"Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa." (HR. Muslim no. 1082). Jika difahami daripada hadits ini, bererti boleh mendahulukan sebelum ramadhan dengan berpuasa sebelum dua atau satu hari memasuki Ramadhan..

Al Atsrom mengatakan, "Hadits larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya'ban bertentangan dengan hadits lainnya. Ini kerana Nabi shallallahu `alaihi wa sallam sendiri berpuasa di bulan Sya'ban seluruhnya (kebanyakannya) dan beliau lanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Dan hadits di atas juga bertentangan dengan hadits yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadits tersebut adalah hadits yang syadz, bertentangan dengan hadits yang lebih kuat."

At Thahawiy sendiri mengatakan bahawa hadits larangan berpuasa setelah separuh Sya'ban adalah hadits yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan Ath Thohawiy menceritakan bahawa telah ada ijma' (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadits tersebut. Dan kebanyakan ulama memang tidak mengamalkan hadits tersebut.

Namun ada pendapat daripada Imam Asy Syafi'i dan ulama Syafi'iyah, juga hal ini selari dengan pendapat sebahagian ulama terkemudian daripada Hambali. Mereka mengatakan bahawa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya'ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa Isnin-kamis) , boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, 244-245)

Puasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقَد�`َمُوا رَمَضَانَ بِصَو�'مِ يَو�'مٍ وَلاَ يَو�'مَي�'نِ إِلا�`َ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَو�'مًا فَل�'يَصُم�'هُ

"Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah. " (HR. Muslim no. 1082)

Berdasarkan keterangan dari Ibnu Rajab rahimahullah, berpuasa di akhir bulan Sya'ban ada tiga model:

Pertama, jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.

Kedua, jika berniat untuk berpuasa nadzar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dikerjakan, atau membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.

Ketiga, jika berniat berpuasa sunnah semata, maka ulama yang mengatakan mesti ada pemisah antara puasa Sya'ban dan Ramadhan melarang hal ini walaupun itu menyamai kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Al Hasan Al Bashri. Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak sebagaimana makna tekstual dari hadits. Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa �seperti puasa Isnin-Kamis- , maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy Syafi'i, Imam Ahmad dan Al Auza'i. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, 257-258)

Kenapa ada larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan?

Pertama, jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadhan yang tidak dituntut.

Kedua, agar memisahkan antara puasa wajib dan puasa sunnah. Dan memisahkan antara amalan yang wajib dan sunnah adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagaimana Nabi shallallahu `alaihi wa sallam melarang menyambungkan shalat wajib dengan shalat sunnah tanpa diselangi dengan salam atau dzikir terlebih dahulu. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, 258-259)





KIRIMAN:
muslimz87@yahoo.com

POSISI TIDOR

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
18 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
--





KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com

TIP PUASA



UNTUK MEMBESAR NOTA,KLIK dan ZOOM,insyaAllah boleh dibaca.

AIR suam adalah penghilang dahaga terbaik ketika berbuka kerana tidak 'mengejutkan' perut yang kosong selepas lebih 12 jam berlapar.

--------------------------------------------------------------------------------



Berpuasa bukan sahaja membenarkan tubuh mengalami 'penyelarasan' semula tetapi juga pengalaman yang mencabar.

Mencabar dari segi minda dan juga fizikal, godaan makanan di mana-mana sahaja terpaksa ditepis. Dalam puasa yang melebihi 12 jam sehari, rasa haus pasti membuatkan ramai akan meneguk air sejuk sebaik sahaja tiba waktu berbuka.

Malah, lambakan minuman sejuk atau berais yang ditemui di bazar-bazar Ramadan juga meningkatkan lagi nafsu selera. Persoalannya, tidakkah terlintas di fikiran sama ada pengambilan minuman sejuk pada awal berbuka puasa itu baik?

Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia, Norlaily Md. Nasir yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini berkata, pengambilan minuman sejuk atau berais tidak digalakkan sama sekali sejurus selepas mengambil kurma.




BUAH-BUAHAN adalah sumber serat dan vitamin terbaik.

--------------------------------------------------------------------------------




Menurut Norlaily, air sejuk membuatkan badan tidak dapat 'menyesuaikan diri' dengan suhu yang terlalu rendah ini.
"Suhu normal badan kita ialah sekitar 37 darjah Celcius. Apabila kita mengambil minuman bersuhu terlalu rendah seperti air sejuk atau berais, maka sistem tubuh kita akan terganggu dan ini tidak baik untuk kesihatan.

"Sebaliknya, berbukalah dengan segelas air suam dan kurma kerana suhunya yang tidak terlalu rendah atau tinggi boleh diadaptasi oleh tubuh. Jika bertegas hendak mengambil minuman sejuk juga, minumlah selepas hidangan berbuka atau setelah selesai makan nasi," katanya.

Dalam mengerjakan ibadah puasa, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah terdapat urutan zat makanan yang patut didahulukan?

Misalnya, dahulukan pengambilan makanan berkarbohidrat, berserat atau penuh dengan vitamin C?



--------------------------------------------------------------------------------



Sebaliknya, Norlaily memberitahu, tiada urutan zat yang perlu didahulukan.

"Cuma apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang ringan dahulu iaitu seperti mana yang disunahkan Rasulullah iaitu mulakan berbuka dengan memakan kurma dan meminum segelas air.

"Setelah memakan kurma, bolehlah mengambil sup berasaskan sayur atau daging, ayam atau tulang untuk memberikan kandungan air kepada badan. Kemudian, barulah mengambil nasi dan hidangan lain. Sup juga boleh diambil bersama dengan nasi ketika berbuka puasa," jelasnya lanjut.


AMBIL minuman sejuk selepas menikmati sajian utama seperti nasi.

--------------------------------------------------------------------------------



PENGAMBILAN makanan yang tidak terlalu berat dapat mengelakkan perut daripada senak.

Berbuka dengan kurma seperti yang diketahui adalah pilihan makanan kaya serat yang tepat. Jelas Norlaily lagi, pengambilan serat sepanjang bulan puasa penting kerana serat boleh melambatkan proses lapar.

"Pengambilan makanan lain hanya boleh bertahan untuk tiga hingga empat jam, manakala makanan berserat pula boleh bertahan sehingga lapan jam.

"Tambahan pula, ia turut membantu melancarkan proses perkumuhan. Antara makanan yang kaya serat termasuk bijirin, oat, barli, buah-buahan (contohnya pisang, betik) dan juga sayur-sayuran. Jadi, umat Islam bolehlah mengambil makanan yang disebut tadi sewaktu berbuka atau bersahur," katanya.

Menyentuh tentang pengambilan makanan berat, Norlaily menegaskan amalan pemakanan berlebihan tidak sekali-kali digalakkan pada bulan puasa.

"Islam sendiri menggariskan sikap bersederhana sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Dalam diet pula, kita perlu menerapkan amalan pengambilan makanan sihat dan seimbang dengan bersederhana.

"Pemakanan yang berlebihan akan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap obesiti dan penyakit kardiovaskular lain seperti penyakit jantung, lebih-lebih lagi bagi makanan yang mengandungi lemak dan tinggi kolesterol," tambahnya.

Bulan Ramadan dilihat sebagai 'platform' untuk mendisiplinkan diri agar bersederhana dalam pengambilan makanan.








KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com

LAOK: Ayam Percik

Bahan

1.satu ekor ayam, dibelah 4.
2.untuk perap - ditumbuk
3.2 @ 3 ulas bawang merah
4.2 ulas bawang putih
5.satu inci halia
6.sedikit serbuk jintan manis
7.sedikit serbuk jintan putih
8.garam secukup rasa

bahan kuah (percik)

*sebiji bawang besar ( kulit kuning)
*4@5 biji bawang merah
*7-10 tangkai cili kering
*satu inci halia
*sedikit belacan
1 keping asam keping
4 -5 batang serai - diketuk
santan diambil dr setengah biji kelapa
1 sudu makan tepung beras
secubit serbuk perasa
sepotong gula melaka
garam, gula



Cara Masak/Proses

Ayam dibersihkan. dan dilumurkan dengan bahan perap. perap ayam sekurang-kurangnya utk setengah jam ( lagi lama lagi elok)

Untuk membuat kuah percik, kisar bahan bertanda * .

Setelah itu, bahan kisar hendaklah di tumis dengan sedikit minyak hingga garing.
Sesudah garing, blhlah di masukkan santan, ayam yg telah diperap, asam keping, serai, dan semua sekali.

Masak hingga mendidih dan biarkan ayam masak.

Sekatakan rasa masam, masin dan manis. kalau suka bolehlah ditambahkan sedikit gula.
Masak hingga kuah pekat.

Bila dah siap, tutup api. asingkan ayam daripada kuah.

Bakar ayam untuk seketika. letakkan sedikit kuah pada ayam waktu membakar. ulangi proses tersebut untuk 2 @ 3 kali. Lepas itu, boleh lah di hidangkan.





KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com


KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com

PETUA RAWAT WAJAH

Petua Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.



Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.



Petua Merawat Darah Tinggi

Ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali sehari.


Petua Memutih & Menguatkan Gigi – Halia

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.



Petua Hilangkan Jerawat – Susu tepung


Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.



Petua Elak Muka Berjerawat

Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat.

1) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.



Petua Hilangkan Jerawat – Beras dan inai

Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.



Petua Hilangkan Jerawat – Asam gelugur

Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.



Petua Hilangkan Jerawat – Kulit kayu manis

Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu



Petua Mengekalkan Warna Pakaian

Baju berwarna terutama yang berwarna gelap dan pastel mudah luntur. Untuk mengekalkan warna pakaian anda, cubalah petua ini.

Ambil dua biji kentang, kupas kulitnya dan rebus. Lenyek kentang tersebut dengan sedikit garam dan sedikit cuka. Lumur keseluruhan pakaian anda dengan campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering
Petua Hilangkan Kesan Dakwat pada Pakaian

Memang sukar menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian jika anda tidak tahu cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian.

1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.



Petua Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


Petua Warna Kain Batik Tidak Luntur

Seringkali kain batik yang baru dibeli luntur warna semasa dibasuh. Untuk mengelakkan kain batik luntur warna, cubalah salah satu petua di bawah ini:

1) Rendam kain batik baru ke dalam air teh selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering.

2) Ambil beberapa helai daun betik dan ramas sehingga hancur ke dalam sebaldi air. Tapis air tersebut dan buang hampas daun betik. Rendam kain batik baru ke dalam air tersebut selama setengah jam. Kemudian jemur hingga kering.



Petua Hindar Bulu Ketiak Tumbuh

Terdapat pelbagai cara tradisional boleh diamalkan untuk menghalang bulu ketiak tumbuh. Antara yang paling murah, mudah dan berkesan ialah menggunakan kapur sirih dan kunyit hidup.

Selepas mencabut semua bulu ketiak, celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dilakukan oleh golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.


Petua Memutihkan Ketiak Hitam – Limau nipis & kapur


Ambil sebiji limau nipis dan perah jusnya. Campurkan jus tadi dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.




KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com
(newsfowarder)

PETUA DI RUMAH

Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.



9. MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



11. PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



12. PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


13. DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


14. UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


15. CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



16. PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!



17. TABIAT BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


18. KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

19. AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

------------------------


Petua Hilangkan Bau Badan - Petua Orang Tua

Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.
atau

Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.
-------------------------------------

Petua Kurangkan Bau Petai

Petai sangat dikenali dengan baunya yang kuat. Berikut adalah antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bau petai.

1) Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.

2) Masukkan terung dalam masakan ynag menggunakan petai.



Cubalah salah satu petua di bawah untuk mengelakkan percikan minyak ketika memasak:

1) Ambil sedikit daun pisang, carik-carikkan dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus, keluarkan dan buang.

2) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng atau menumis.



Petua Lembutkan Daging ketika Memasak

Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak. Antaranya ialah:

1. Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

3. Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

4. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

5. Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.



Petua Hilangkan Bau Pada Bekas Makanan

Bekas menyimpan makanan yang sudah terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak sedap. Atasi masalah ini dengan merendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama beberapa jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas makanan anda tidak lagi berbau.


Petua Kekalkan Kesegaran Lada Merah

Untuk mengekalkan kesegaran lada merah, anda perlu menyimpannya ke dalam plastik kedap udara. Dengan cara ini lada merah akan tahan lebih lama sehingga tiga atau empat minggu tanpa layu.



Petua Bersihkan Kuali atau Periuk Hitam

Gosok bahagian kuali atau periuk yang hitam dengan kertas pasir halus. Kemudian cuci dan sental dengan berus dawai kasar diikuti berus dawai halus bersama sabun cap kapak atau sabun mandi. Bilas dengan air bersih. Hasilnya kuali atau periuk anda akan bersih tanpa jelaga dan berkilat.



Petua Kilatkan Sudu dan Garfu

Cuba salah satu cara berikut untuk mengilatkan sudu dan garfu di rumah anda:

1) Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air bersih dan kulit buah nanas selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas hingga bersih.

2) Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air asam jawa atau asam gelugur (asam keping) selama sejam. Kemudian lap dengan kain lembut hingga kering dan sapukan dengan minyak masak. Jemur seketika dan kemudian lap dengan kain bersih.
Anda mungkin juga meminati:



Petua Menghilangkan Bau Peti Ais

Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.

Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.



Petua Halau Semut

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.




KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com
(newsfowarder)

KEK CEMPEDAK



Resipi kek chempedak

Bahan-bahan
250 gram mentega
200 gram gula kaster (kurang gula kerana buah sudah cukup manis, kalau buat kek mentega, guna sukatan 250 gm)
250 gram tepung naik sendiri
4 biji telur
200 gram isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil (cuba potong dengan gunting supaya isi tidak jadi terlalu selekeh)

Cara buat
1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi cempedak dan gaul. Jangan gaul terlalu banyak supaya isi masih berkeping-keping.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 deg. celcius






KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com
(newsfowarder)

Wednesday, July 28, 2010

APA YANG LEBIH UTAMA: ILMU atau HARTA

Ulama’ bertanya : Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Saidina Ali menjawab : Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah (pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah Taala, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah (kekaburan)

MADU LEBAH ASLI:

* Cara menguji keaslian madu (How to test pure honey?)

Cara 1 (Method 1): Madu asli membentuk hexagon di dalam air (Pure honey makes hexagon shapes in water when you swirl it) (Sila klik link untuk lihat video saya di youtube.com) (Please click the link to view a video I put on youtube.com)

Cara 2 (Method 2): Jika anda celupkan kepala mancis ke dalam madu asli dan menyalakannya, mancis masih boleh menyala. (If you dip a match into pure honey, it will still light up) (Sila klik link untuk lihat video saya di youtube.com) (Please click the link to view a video I put on youtube.com)

Cara 3 (Method 3):
1. Isikan anggaran setengah sudu madu ke dalam sudu besi. (Fill half a teaspoon of honey into a metal spoon.)

2. Nyalakan sebatang lilin. (Light up a candle.)

3. Panaskan madu tadi di atas api lilin. (Heat the honey on the candle fire.)

Jika madu asli, apabila dipanaskan, gelembung besar akan terbentuk dan akan membuak-buak, tapi jika bukan madu asli, hanya buih-buih kecil yang akan terbentuk.
(When heated, a big bubble will form in the spoon and it will 'boil' like a volcano wanting to erupt. If it is fake honey, only small bubbles will form.)

Cara 4 (Method 4)
1. Tuangkan sedikit madu ke dalam cawan dan simpan dalam bahagian pembeku di peti ais.
(Pour some honey into a cup and put it in the freezer.)

2. Biarkan beberapa jam, dan keluarkan.
(Let the cup stay in the freezer for a few hours and then take it out.)

3. Madu asli tidak akan membeku. Ini kerana madu asli mempunyai kandungan air yang sedikit.
(Pure honey will not freeze. This is because pure honey has very low content of water.)

Cara 5 (Method 5)
1. Titikkan madu ke atas kertas A4.
(Drop a single drop of honey onto a piece of A4 paper.)

2. Madu asli akan membentuk satu titik madu yang bulat mengelembung.
(Pure honey will form a well rounded shape.)

3. Biarkan selama mana pun. Jika madu asli, bentuknya terus tetap begitu.
(Let it stay for however long. If it is real honey, the shape will stay




KIRIMAN:
haikalku haikal
(haikalkuhaikal@ gmail.com)

Tuesday, July 27, 2010

MALAM NISFU SYAABAN

Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan. .!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhuradalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw):
pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Wassalam.




KIRIMAN:
sarah@my-peninsula. com
(sarah)

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMIN.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.

Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...




KIRIMAN:
fuzzy4er@yahoo.com
(nina mazrina)

Monday, July 26, 2010

Push2Talk phone APPLICATION

MAXIS USER

To download the Push2Talk phone application:
Go to Write Message, type PTT and send to 26000.

To activate a daily service of only RM1:
Dial *110*1# and press 'Call/Send'. *

*Please note that we will be discontinuing the RM1/Day daily service from 15 March 2010

To activate a monthly service of only RM15:
Dial *110*30# and press 'Call/Send'.


You will receive an SMS confirming your application. Follow the instructions to launch Push2Talk.

For settings, please SMS PTT or PTT to 22333 in order to receive your Push2Talk settings.

To request a change of password, SMS NEW PASSWORD to 22333 (Upon request for new password, please wait up to 15 minutes before the PTT service can be used.)




KIRIMAN:
alisaervan@yahoo.com

Friday, July 23, 2010

PETUA DI DAPOR

NASI LEMAK LAZAT
Cuci beras seperti biasa dan sukat air kurang sedikit daripada biasa. Jika 3 cawan beras, guna 2 cawan air biasa. Masak dengan api sederhana. Sementara itu sediakan santan pekat sebanyak 1 1/2 cawan. Apabila nasi tadi hampir 3 suku masak, tuangkan santan bercampur sedikit garam. Kemudian ambil beberapa hiris halia dan dua ulas
bawang merah (dihiris). Masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih, kacau dan biarkankan hingga masak. Insya-Allah tentunya nasi akan lebih sedap malah lembut dan wangi.

TAUHU TAHAN LAMA
CUBA petua ini bagi mencegah agar tauhu yang kita beli tidak mudah basi, tahan lama dan tidak berbau masam. Cuci tauhu dengan air bersih terlebih dahulu. Toskan tauhu hingga kering lalu tuangkan air panas. Biarkan hingga sejuk. InsyaAllah tauhu akan tahan lebih lama dan tidak masam.

MENGHINDARI BERAS DARI PADA KUTU BERAS
UNTUK menghindarkan beras yang disimpan menjadi buruk dan dimakan kutu, anda boleh cuba petua ini. Masukkan tujuh atau lapan tangkai cili kering ke dalam bekas tempat anda menyimpan beras. Cili kering hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Insya-Allah beras yang disimpan akan senantiasa bersih daripada dimakan kutu beras.

JIKA NASI HANGIT
Adakah anda membuang begitu sahaja apabila nasi yang anda masak berbau hangit?
Anda boleh mencuba petua ini untuk mengelakkan pembaziran. Masukkan atau letakkan sekeping roti di atas nasi tersebut. Tutup periuk rapat-rapat. Kemudian letakkan bahagian bawah periuk di dalam bekas berisi air. Biarkan sebentar. Selepas itu, anda bolehlah cuba nasi tadi, insya-Allah nasi anda tidak lagi berbau hangit dan periuk pula senang untuk dibersihkan.

BAU HANYIR AYAM
TENTU anda yang tidak tahan bau hanyir ayam akan berasa mual apabila tiba masa memasak terutamanya mereka yang sedang mengandung. Cuba petua ini untuk hilangkan bau hanyir ayam. Cuci ayam yang hendak dimasak dengan air bersih. Ambil daun kari ataupun serai dan sapukan ke seluruh bahagian ayam tadi. Biarkan beberapa minit sebelum mula memasak. Pasti bau hanyir ayam tadi akan hilang atau berkurangan. Selamat Mencuba!

BUBUR KACANG CEPAT EMPUK
BAGI anda yang gemar makan bubur kacang hijau. Tentu sedap sekiranya bubur yang dimakan manis dan empuk. Apakata anda cuba petua bagaimana bubur kacang yang enak dan empuk. Basuh kacang hijau dengan air sebersih-bersihnya. Goreng kacang tadi di dalam kuali tanpa minyak dengan mengunakan api perlahan. Kacau berulangkali hingga kacang kembang. Selepas itu, barulah anda boleh rebus kacang hijau tersebut menjadi bubur kacang hijau. Cubalah hasilnya memuaskan selera anda.



KIRIMAN:
"nina mazrina"
fuzzy4er@yahoo.com

Thursday, July 22, 2010

Wednesday, July 21, 2010

SUSU LEMBU vs PUNCA SAKIT

"Drinking an excess of cow's milk can promote cancer growth, according to Dr. T. Collin Campbell, Emeritus professor from Cornell University. After 27 years of animal research, Dr. Campbell came to that rather surprising conclusion which he revealed in his book, 'China Study.' "

Kalau nak baca teks penuhnya, layarilah: http://www.naturaln ews.com/021332. html
pasal disebut juga yg susu lembu boleh membawa kpd penyakit2 kronik spt penyakit jantung, kencing manis dan juga osteoporosis (rasa tak percaya, kan?) Tapi kajian lain pula menunjukkan w/pun susu menguatkan tulang pd jangka masa pendek tapi jangka panjangnya ia menghakis sel2 membina tulang.. itu yg jadi risiko osteoporosis.

Dr. Kradjian dpd Bahagian Pembedahan Payudara, US pun dok nasihat pesakit2nya mengelak susu lembu. Katanya susu lembu 50 thn dulu lain dpd susu lembu sekarang. Pasal plak? 50thn dulu seekor lembu purata keluarkan 2,000lbs susu setahun. Hari ni pengeluar yg top keluarkan 50,000lbs! Macam mana jadi mcm tu...?? Jawapannya.. . hormon, antibiotik, drug, program pemakanan cara paksa & biakan khas disuap pada lembu sekarang. Jadi kita fikir2lah kesannya. Yg takutnya kesannya timbul kemudian, bukan dlm setahun dua. Byk kes kanser sekarang ni pun boleh jadi tanda tanya yg besar.

Apapun, saya rasa kita ni byk termakan dgn propaganda pengeluar2 susu lembu dpd awal dulu lagi. Ingat lagi satu masa dulu, ibu2 yg kononnya nak susu terbaik pilihlah jenama2 hebat & mahal2 (pasal kempen pun hebat!) spt S26, Enfamil, Snow, dll, padahal yg terbaiknya ada pada diri mereka sendiri!

Susu kambing...?? Tak banyak saya tahu konstituennya tapi for sure saya tahu ia adalah minuman sunnah; so apapun tentu dah ada pahala & saya ada terbaca yg ia boleh dihadam dlm 30 minit pdhal susu lembu mengambil masa 3 jam! So, sendiri2lah fikir & pilih.

Lagi satu petua... apapun kita ambil...ambil cara sederhana; jangan terlalu bergantung pd sesuatu berlebih-lebihan. Wallahu'alam.





KIRIMAN:
faridahib@yahoo.com

Tuesday, July 20, 2010

Rawatan Muslim


Dirasuk Jin,Saka. Cuba lah

Anwar Ibrahim: Tidak Memimpin tapi Didorong Merampas Kuasa

Anwar pengerusi pertubuhan biayaan AS?


Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan dekad lalu ditubuh dan dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Sebuah pertubuhan yang berpusat di Washington DC mendakwa, yayasan itu pada hakikatnya dipimpin anak perempuan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Dick Cheney bersama pentadbiran neo-konservatif bekas Presiden AS, George W. Bush.

Laporan Projek Akauntabiliti Kerajaan di bawah tajuk FFF itu telah disiarkan menerusi laporan Asia Sentinel pada 16 Julai lalu.

Menurut artikel itu, apa yang didedahkan oleh dokumen di bawah peruntukan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) dan diterbitkan pada 8 Julai adalah berasaskan kepada ratusan dokumen yang dihantar kepada pertubuhan itu.

Artikel itu menyebut, yayasan itu dikendalikan dengan cara yang tidak menentu oleh pegawai-pegawai di bawah pentadbiran Bush dan kakitangan termasuk Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang dipaksa meninggalkan Bank Dunia setelah dinaikkan gaji tiga kali ganda daripada garis panduan yang ditetapkan Bank Dunia.

Menurut laporan itu, dana untuk yayasan itu sepatutnya dikutip dari 11 negara diketuai Qatar sebanyak RM32 juta, Bahrain RM6.4 juta dan Turki RM1.6 juta manakala yang lain anggota Kesatuan Eropah termasuk Greece, Denmark, Sepanyol dan Belanda.

Bagaimanapun, kata laporan itu, Qatar dan Bahrain tidak menyumbang kepada dana itu.

Daripada RM71.2 juta yang dijanjikan hanya RM20.5 juta yang diterima manakala selebihnya disumbangkan oleh dana Jabatan Negara AS.

Anwar bagaimanapun menafikan menerima sebarang dana daripada pertubuhan yang dibentuk pada tahun 2005 untuk memerangi keganasan di peringkat global dan untuk menjayakan sebahagian agenda kebebasan George W. Bush mempromosi demokrasi dan reformasi di Asia Barat dan Afrika.

Menurut laporan itu lagi, Anwar menjadi pengerusi dan pemangku presiden kepada ahli lembaga pertubuhan itu dalam tempoh beliau tidak dibenarkan aktif berpolitik berikutan hukuman penjara kerana kesalahan salah guna kuasa.

Laporan itu menambah, ketika Anwar dilantik sebagai pengerusi kepada lembaga pertubuhan itu, ia seolah-olah hanya kerana Anwar adalah rakan Wolfowitz.

"Anwar bukan dari rantau ini dan taktik yang digunakan untuk beliau menduduki jawatan pengerusi juga tidak telus," laporan itu menambah.

Laporan itu memberitahu, pertubuhan yang dipromosikan sebagai "model" dan "lampu isyarat" kepada inspirasi pembangunan demokrasi dalam masyarakat di mana ia beroperasi hanya diwakili oleh orang yang hampir dengan Cheney, anak gadisnya, Elizabeth, Shaha Riza dan rakan baiknya dari Malaysia, Anwar.




2010/7/20, Siti Umairah Othman :

trekkermania get ready for what?





KIRIMAN:
"junior.rizz junior.r"

Saturday, July 17, 2010

Bapa Saman Tiga Anak RM2j



Bapa Saman Tiga Anak RM2j
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/07/16


SHAH ALAM:
Seorang bapa melahirkan kekesalan terhadap perbuatan tiga daripada lima anak kandungnya sebagai tidak wajar kerana memaksanya menandatangani pada surat pembahagian harta pusaka, selepas didakwa mengurungnya dalam rumah, tiga tahun lalu.


SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam.
“Tindakan ketiga-tiga anak saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya masih hidup, mereka paksa saya tandatangan kerana mahu rampas harta saya,” kata Baharom Long dengan linangan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.

Terdahulu, dia yang menyambut hari jadi ke-85 semalam, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM2 juta terhadap tiga anaknya yang didakwa mengurung dan memaksanya menurunkan tandatangan pada satu surat berhubung pembahagian harta pusaka, pada 2007.

Baharom, bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memfailkan saman itu menerusi peguam Muhd Azmi Talib & Co.

Dia menamakan anak sulungnya, Md Hanafiah, 55, pesara tentera sebagai defendan pertama, manakala Zakariah, 52, dan Musa, 50, kedua-duanya bekerja di bahagian kargo syarikat penerbangan, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. Baharom mempunyai dua lagi anak, Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Dalam penyataan tuntutannya, Baharom mendakwa, defendan kedua berjumpanya di Masjid Selayang di pinggir Kuala Lumpur, sekitar November 2007 dan membawanya ke rumah defendan pertama sebelum mengunci pintu dan tingkap kediaman itu.

Di situ, Baharom mendakwa dipaksa menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungannya sekiranya mahu berkahwin kali kedua.

Menerusi salinan surat yang diterimanya kemudian, plaintif mendapat tahu ia surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda di Batu Caves, milik dia dan arwah isterinya.

Oleh itu, plaintif mendakwa semua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya memaksa dia menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.

Selain itu, dia mendakwa defendan secara agresif memaksanya menyerahkan geran kedua-dua tanah terbabit tanpa persetujuan atau kerelaannya.

Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa dia mengalami trauma serius sehingga sentiasa hidup dalam ketakutan terutama tinggal berseorangan di rumah.

Dia mendakwa mengalami kemurungan teruk kerana bimbang kejadian sama berulang sehingga memaksanya mengambil ubat khas bagi mengawal masalah itu.

Selain itu, plaintif mendakwa perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan psikologi akibat trauma daripada peristiwa berkenaan.

--

NOTA:
Ramai ANAK tidak tahu/tidak sedar BAPAK sunyi selepas kematian ISTERI. Olih itu, BAPAK mahu nikah demi mendapat teman-hidup. Tetapi, tiga(3) ANAK tidak pandang keadaan BAPAK ini. Apa yang mereka nampak/pandang ialah HARTA(tanah)yang dimiliki BAPAK.

HARTA(tanah) tersebut dipaksa tiga(3)ANAK itu untuk dibanci sebagai PUSAKA padahal pemiliknya iaitu BAPAK masih bernyawa. Jelaslah bahawa ANAK tersebut HALOBA lalu DERHAKA

Ini satu SEMPADAN kepada semua ANAK. Janganlah meniru perbuatan begini.

Thursday, July 15, 2010

UBAT/RAWAT GOUT

O>Ubat Gout paling mudah iaitu MINUM AIR KULIT MANGGIS, Terlebih dulu, KULIT MANGGIS itu dihiris nipis dan jemor hingga kering. Apabila nak minum, ambil sehiris KULIT MANGGIS KERING itu dan bubuh dalam cawan. Lepas itu, tuang air panas. Biar sekejap hingga air jadi suam. Lepas itu, minumlah seperti minum teh/kopi. Selamat Mencuba.



O>saya juga mengalami yang masalah yang sama lebihkurang 15 tahun .Alhamdulilah kini sudah sembuh,apa yang saya amalkan ialah minum madu lebah(khuala) dari iran yang di campuran dengan air suam setiap pagi sebelum memgambil sebarang serapan.(campuran madu satu sudu plastik dengan air suam suku cawan sahaja ingat sudu plastik atau tembikar sebab pantang madu ialah bahan logam. (by: azaharahmadtimecommy@gmail.com)

Wednesday, July 14, 2010

DAHSYATnya DOA IBU

Assalamualaikum Semua,
Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar

Ø Saka dipindahkan melalui Kasih Saying/ Harta Pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.





KIRIMAN;
sarah

Tuesday, July 13, 2010

MERTUA DAN MENANTU

Assalamualaikum.

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi milik MERTUA. Kalau dulu ANAKnya hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan ANAKnya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya iaitu semua IPAR.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan.

Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunang, mulakan berkenal dengan AHLI keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.(JANGAN KO BERIKAN SENAPANG PULAK)

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.


KIRIMAN:
fuzzy4er@yahoo.com


Ingatlah:
Setiap KELUARGA ialah institusi yang dipimpin KETUA KELUARGA iaitu bapa mertua dan diteraju MAJLIS KELUARGA iaitu adik-beradik isteri/suami. Ia bukan terbina/terjadi secara otomatis.

MAKANAN ORANG BAIK

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.

Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”.

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !



2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.



3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w



4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.



5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.




6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.



7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.

Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.




11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.



12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.




13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.

Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.

Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.



14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.



15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.



17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



18) BUNGA CENGKIH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.



19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.



20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.



21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Monday, July 12, 2010

PENIAGA: gabong & kongsi demi perniagaan

Dimana juga kita pergi, produk yang diniaga PENIAGA MELAYU tidak berbeza. Ia berskala kecil dan dilihat remeh. PEMBELI datang disitu macam terpaksa datang dan terpaksa BELI.

Dalam perjalanan ke Telok Intan,saya dengar ISTERI bercakap mengenai beberapa sepupu beliau yang BERGABONG didalam perniagaan di Pump Minyak dan BERKONGSI jumlah pelaboran. Sepupu A mengurus Pump manakala Sepupu B bekerja di Kuala Lumpur. Sepupu B datang ke Pump setiap minggu kalau lapang/tidak sebuk. Kalau sebuk, Sepupu B datang pada hujung setiap bulan.

Tiap kali Sepupu B datang ke Pump,beliau berharap dapat tengok AKAUN PUMP. Tapi, Tiap kali datang, Sepupu A takde di pejabat. Begitu lah keadaan lazim mereka. Apabila genap setahun, Sepupu B tunggu Sepupu A untuk mendapat DIVIDEN. Malangnya, Sepupu A tidak layan dan kata tidak mendapat UNTUNG dan takde DIVIDEN.

Akhirnya, mereka berbalah lalu berpecah. Sepupu B minta semula pelaboran tapi Sepupu A tidak melayan sepatutnya. Kenapa ini berlaku dan kenapa terjadi.

Batu Gajah


Disini,Ayah+Emak selalu makan pada Khamis

Telok Intan


Disini, Ayah+Emak selalu makan mee rebus + ABC . Nama warong ialah GERAI PAK ANDAK

Telok Intan


Ini ialah warong makan sekitar menara mereng/ condong.

Telok Intan


Pekan

Telok Intan


Pekan

MeNara Condong


Telok Intan

MeNara Condong


Telok Intan

Sunday, July 11, 2010

GOLONGAN WANITA DALAM NERAKA

10 golongan perempuan masuk neraka !!

1) Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Mengenai kewajiban memakai purdah, insyaallah kita akan bincang pada babnya .

2) Perempuan yang digantung dengan lidah dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?

3) Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya..

4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)

5) Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzal ik .) Boleh tahan ke wahai suami ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .

6) Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu mandi junub ,haid dan meringan-meringanka n sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .

7) Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .

8) Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)

9) Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !

10) Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )

* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh- sungguhlah perbaiki diri .





KIRIMAN:
dtu641@gmail.com

RAHSIA MARJERIN & BUTTER

Tahukah anda rahsia perbezaan antara marjerin dan butter? Bacalah artikel ini hingga ke akhirnya, anda tentu tertarik!
Marjerin dan Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.


Butter sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.


Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.


Memakan butter meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!


Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.


Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).


Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda.


Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.


Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).



Anda boleh cuba melakukan ujikaji seperti dibawah ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.
Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:

1.Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

2.Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Sebar2kanlah fakta ini supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

INFO TAMBAHAN

Definisi Margarine :
A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.

Definisi Butter :

1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.

2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures.

Rujukan :
The American Heritage? Dictionary of the English Language, Third Edition.







KIRIMAN:
fuzzy4er@yahoo.com