BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Saturday, November 27, 2010

Sepupu Ayah


Tinggal di AU2 Ampang

Thursday, November 25, 2010

KESIHATAN: rawat payudara

Petua Menegangkan Buah Dada



Petua Menegangkan Payudara




Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.




Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.




Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.




Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

KESIHATAN: rawat migrain

Migrain Dan Asrul (ops..... Migrain dan urutan)

Tempuh hari ternampak wall Asrul yang terkena migrain. Sakit kepala. Satu fenomena biasa manusia moden. Dulu tidak ada migrain.

Pengubatannya mudah bagi yang mengetahui. Perlu latihan, bukan amalan.

1. Picit dan lurut-lurut di atas kening menghala ke tepi kepala. Akan terasa sakit yang amat sangat jika betul lurutannya. Di tepi kepala, atas sikit dari barisan mata, ada kawasan lekuk. Lurut hingga ke situ.
2. Untuk tepi kiri, gunakan jari telunjuk kanan. Untuk sebelah kanan gunakan jari telunjuk kiri. Ikut aliran kesakitan yang dirasa. Teruskan mencari saraf yang sakit sehingga ke pangkal tulang rahang yang mana anda akan merasa sakit yang lebih kuat.
3. Kemudian teruskan lurutan sehingga ke leher. Kawasannya di bawah daripada pangkal rahang, leher sebelah tepi ke depan sedikit.
4. Kemudian lurutkan lagi ke bawah hingga ke tulang kecil di bawah dagu yang bersambung dengan bahu.
5. Lurutkan dia naik ke atas ke bahu dan dia mungkin akan hilang kesakitannya di bahu.
6. Korek sedikit di kawasan tulang sambungan bahu dengan pangkal lengan kalau sakitnya hilang. Akan terasa sakit jika ketemu.
7. Lurutkan terus ke bawah hingga kawasan antara "bisep" dan "trisep". Iaitu otot belakang dan otot depan.
8. Terus ke tepi siku dan teris ke belakang tapak tangan.
9. Terus lurut dan ikutkan hingga ke hujung jari telunjuk. Picit-picit hujung jari telunjuk hingga sakitnya hilang.
10. Ulang proses tadi untuk mata sebelah satu lagi.
11. Ulang lagi kali ini bermula dari tepi batang hidung. Kanan dan kiri hingga ke hujung jari juga.
12. Ulang step 1 dan kali ini bawa ke dagu. Buang kesakitan melalui hujung dagu dengan mencubit-cubit dagu.
Bila sakit tidak terasa lagi. Senyum..... Kalau anda berjaya membawa kesakitan dari hujung mata dan tepi batang hidung ke hujung jari tanpa hilang di tengah, tetapi hilang di hujung jari kesakitan itu, dan hilang sakit di hujung dagu, insyaAllah, tiada mighrain lagi dalam 6 - 7 tahun. AWAS, bila di serang mighrain, jangan di picit behagian kepala yang terasa sakit. Itu hanya "rasa" sakit di situ. Masalahnya bukan di situ!!

Tuesday, November 23, 2010

PANDUAN KESIHATAN DARI RASULULLAH

MANDI PAGI SEBELUM SUBUH

sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi... Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

WAKTU SEMBAHYANG SUBUH


disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang
berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita

MAKAN DENGAN TANGAN

dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sunday, November 21, 2010

KHASIAT; daun kari




Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan untuk berkongsi info tentang tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat kita iaitu daun kari.

Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Pokok kari


Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

•66.3% kelembapan
•6.1% protein
•1.0% lemak
•16.0% karbohidrat
•6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buah kari di rumah KJ
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Saturday, November 6, 2010

RUMAH MUSLIM

Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.


Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.


Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.


Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:





1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.


Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).


2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).



Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)



Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.



Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar

Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.


3. Jangan membina Rumah Megah



Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.


Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.


"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]


Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim]


Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)


Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.


Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:
"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim]


4. Buatlah Rumah yang Baik


Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.


5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.




Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.


Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.


6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.


Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah.
Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)


7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)


Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)


Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.


Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).


Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.


Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.


Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.


Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!


Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .


Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.


8. Rumah Harus Bersih


Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.


"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.


9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah


Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.


Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]


10. Jangan Memelihara Anjing


Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)


11. Peliharalah Anak Yatim


Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.


"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)


12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk


Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.


Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]


Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.


Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.


13. Apabila rumah siap di bina


Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia


Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.






Semoga bermanfaat ... Wallahu 'alam.




DISALIN:

Alfonso de Albuquerque



Alfonso de Albuquerque
(Anak Diluar Nikah)

Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 - 16 Disember1515) adalah seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.

Dilahirkan di Alhandra, berhampiran dengan Lisbon, Portugal, Albuquerque pernah dikenali sebagai "Yang Agung", serta "Marikh Portugis" buat satu tempoh yang agak lama. Ayahnya, Gonçalo de Albuquerque,Herr von Vila Verde dos Francos, memegang jawatan yang penting di dalam istana. Daripada ibunya, Leonor de Menezes, Albuquerque dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah.

Albuquerque menerima pendidikan dalam matematik dan bahasa Latin klasik di istana Afonso V dari Portugal, dan selepas kemangkatan maharaja itu, beliau kelihatan telah berkhidmat di Afrika buat satu tempoh. Pada kepulangannya, beliau dilantik sebagai ketua pengiring raja (estribeiro-mor) kepada John II.

Isi kandungan
[sorok]
1 Operasi di Goa dan Melaka, 1510-1511
2 Pelbagai operasi, 1512-1515
3 Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
4 Rujukan
5 Bibliografi
6 Pautan luar


[sunting]Operasi di Goa dan Melaka, 1510-1511


Tugu Albuquerque di Medan Afonso de Albuquerque, Lisbon (1902).
Albuquerque merancang untuk menguasai dunia Islam dan mengawal rangkaian dagangan rempah ratus. [1] Satu serangan yang gagal ke atas Calicut (modenKozhikode) pada Januari 1510, di mana panglima besar cedera parah, dan segera diikuti dangan pelaburan dan penaklukan Goa. Albuquerque, mendapati dirinya tidak mampu memegang bandar takluk pertamanya, meninggalkannya pada Ogos, sebelum kembali dengan bantuan tambahan pada November, apabila beliau memperolehi milik mutlak. Dia kemudian mengsasarkan tenteranya kepadaKesultanan Melaka, yang diitewaskannya pada 24 Ogos 1511 selepas pertempuran hebat sepanjang Julai. Beliau kekal di bandar tersebut sehingga November 1511 dengan tujuan memperkukuhkan kedudukan Orang Portugis dari serangan balas orang-orang melayu. Beliau turut mengarahkan pembunuhan semua penduduk Islam dalam usaha untuk mengurangkan perpecahan keagamaan dengan harapan ini akan memaksa penganut Hindu dan Muslim untuk bertukar ke agama kristian.[2]

[sunting]Pelbagai operasi, 1512-1515
Pada tahun 1512 beliau belayar Malabar dari Melaka. Dalam pelayaran ini badai kencang melanda menyebabkan kapal Albuquerque, Flor de LaMar, yang membawa harta rampasan beliau yang dikumpul dalam penaklukannya di Melaka, pecah dan karam di perairan Negeri Sembilan dan beliau sendiri hampir lemas dan hanya mampu melepaskan diri dengan nyawanya. pada September tahun yang sama beliau telah tiba di Goa, di mana beliau dengan cepat menindas satu pemberontakan yang serius diketuai oleh Idalcan, dan mengambil langkah sedemikian untuk keselamatan dan keamanan bandar sehinggakan ia menjadi penempatan Portugis yang paling berkembang maju di India. Albuquerque telah beberapa lama diperintah oleh kerajaannya untuk menjalankan satu ekspedisi ke Laut Merah, bagi menguasai saluran komunikasi secara eksklusif bagi Portugal. Sejajar dengan itu beliau telah melakukan pengepungan ke atas Aden pada 1513, tetapi dapat ditangkis; dan berlayar ke Laut Merah, satu perlayaran pertama yang pernah dibuat oleh satu armada Eropah, tanpa sebarang hasil yang memuaskan. Dengan tujuan memusnahkan kuasa Mesir, beliau dikatakan menimbangkan idea untuk memesongkan aliran Sungai Nil dan dengan itu menjadikan seluruh negara tandus. Projek perangnya yang terakhirnya adalah sesaat serangan ke dua atas Ormuz di 1515. Pulau tersebut menyerah kepadanya tanpa tentangan, dan ia kekal dalam tangan Portugis sehingga 1622. Beliau bersikap kurang ajar apabila beliau merancang untuk mencuri jenazah Nabi Muhammad, dan memegangnya sebagai tebusan sehingga seluruh umat Islam telah meninggalkan Tanah Suci.

[sunting]Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
Sedikit sekali di ketahui umat Islam tetapi tercatat dalam Sejarah Portugis di mana Alfonso sebanyak tiga kali menjalankan operasi untuk mencuri jasad Rasullulah di Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali beliau gagal di sebabkan ribut taufan. Ini menyebabkan dia merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau.

Thursday, November 4, 2010

Pasar Malam


2.11.2010=Pengkalan Pegoh,Ipoh.

Wednesday, November 3, 2010

SEBAB DITIMPA KESUSAHAN dan PENDERITAAN

Assalamualaikum..w.b.t..

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


KIRIMAN:
Slanz Haji Mohamed

Tuesday, November 2, 2010

MANDI WAJIB

Mandi Wajib yang betul - JAKIM
>
> Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
> jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
> kerana tidak melakukannya dengan betul.
>
>
> Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
> melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu
> meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
>
>
> Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
> Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
> pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
> penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
>
>
> "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah
> satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
> Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga
> turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan
> betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala
> Lumpur.
>
>
> Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
> ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui
> dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
>
>
> Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
>
>
> Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
>
>
> Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
> mana2 bahagian anggota badan.
>
>
> Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku
> mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
>
> Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "
> Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
>
>
> Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
> telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak
> sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
> menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
> air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
>
>
> Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
> badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
> di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh
> najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
>
>
> Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
> badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama
> ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau
> disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah
> dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
> Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
>
>
> Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang
> sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
> Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
>
>
> Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
> Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
> mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
> rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia
> mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang
> pewarna itu pula bagaimana?..
>
>
> Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
> boleh dibuang begitu mudah.
>
>
> Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
> tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
> rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,
> tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
>
>
> Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
> itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak
> bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya
> menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah
> dipandang dari sudut yg berbeza.
>
>
> Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
> wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau
> tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat
> Islam.
>
>
> Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
> menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki
> dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air
> mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,
> iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .
>
>
> Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada
> air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
>
>
> Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
> mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas
> bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi
> wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala
> tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
>
>
> ** Artikel dipetik dari www.jomlayan.com/mybb

Monday, November 1, 2010