Terdapat 10 cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Prinsip pertama, belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada peringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anda terhadapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi dirinya. Hafal dan sebutlah berulang kali.
2. Jadilah orang yang `disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadikan diri anda seperti `sepasang kasut lama’ atau `songkok lama’ yang amat selesa dan mesti dibawa `bersama’ kemana saja.
3. Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya. Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.
4. Jangan menjadi egoistik. Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat merendah diri.
5. Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberansangkan, supaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda!
6. Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan sesuai yang mungkin tidak anda sedari, hapuskan daripada personaliti anda. Kounselor yang mahir mungkin dapat membantu menyerlahkan personaliti diri anda yang lebih `membina’.
7. Tawarkan pertolongan/khidmat atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya. Jadilah seseorang yang `diperlukan’, diharapkan, dan amat `berguna’.
8. Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda ! Dalami ilmu kemahiran kemanusiaaan anda.
9. Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya. Kongsilah perasaan anda bersamanya.
10. Praktikan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Personakan orang lain dengan memenuhi keperluan `naluri’ mereka yang sentiasa meronta`kehausan’ perhatian, penghargaan, sanjungan, penghormatan `VIP’, keperhatinan dan kasih sayang. Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan. Insya_Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUASAI!..
KIRIMAN:
Zainal Mohd Ali(FaceBook)
Tuesday, May 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment