BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Thursday, May 6, 2010

KAFFARAH: Melanggar Sumpah/Nazar

ii) Kaffarah Melanggar Sumpah/Nazar

Kaffarah bagi kesalahan ini mengikut pilihan kemampuan ialah:

1.Memberi makan kepada 10 orang miskin (atau dengan nilai RM 5 X 10 orang = RM 50) atau

2.Memberi pakaian kepada 10 orang miskin (pakaian yang dimaksudkan ialah yang sesuai dan menutup aurat serta boleh dibawa sembahyang) atau

3.Membebaskan seorang hamba atau

4.Berpuasa selama 3 hari berturut-turut.

iii) Kaffarah Pembunuhan Tanpa Niat/Tidak Sengaja

1.Membebaskan seorang hamba

2.Membayar diyat (satu bentuk bayaran denda) sebanyak 100 ekor unta (atau mengikut anggaran dalam jumlah wang sebanyak RM 100,000).

3.Puasa selama 2 bulan berturut-turut beserta taubat nasuha.


KIRIMAN:
insan manusia: insaniyy@yahoo.com.my


kita tengok pulak apa yg dikeluarkan oleh Pondok Pasir Tumbuh;

saya petik;

..Kaffarah Nazar
Kaffarah adalah denda yang wajib dibayar kerana melanggar suatu
ketentuan syara’ (yang mengakibatkan dosa), dengan tujuan untuk
menghapus atau menutup dosa tersebut sehingga tidak ada lagi
pengaruhnya atau kesan dosa itu baik di dunia mahupun di akhirat.
Adapun tujuan kaffarah diwajibkan ke atas seseorang yang
melakukan dosa tertentu adalah sebagai hukuman atau denda
kepadanya kerana melanggar ketetapan syara’ dan menjadi
peringatan untuk tidak akan mengulang kesalahan yang sama pada
masa akan datang, namun tidak semua dosa dapat dihapuskan
dengan kaffarah.

Hukum kaffarah adalah wajib kepada orang yang melakukan
kesalahan tertentu sahaja, antaranya tidak melaksanakan nazar.
Kaffarah nazar itu sama dengan kaffarah sumpah berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َ كفََّا  رةُ النذْرِ َ كفَّارةُ الْيمِينِ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Kaffarah (denda) nazar sama dengan kaffarah
(denda) sumpah.”(Hadis riwayat Muslim)

Kaffarah sumpah dan nazar ialah:

(1) Memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan dari
jenis sederhana yang biasa diberikan oleh orang yang
membayar kaffarah itu (jenis makanan) kepada keluarganya.

(2) Atau memberi pakaian sepuluh orang miskin dengan sesuatu
yang dinamakan pakaian, seperti baju, kain sarung, serban
dan sebagainya.

(3) Atau memerdekakan hamba.
Orang yang dikenakan kaffarah, boleh memilih salah satu di antara
tiga perkara yang tersebut.

(4) Jika dia tidak berkemampuan untuk melakukan salah satu
dari tiga jenis perkara yang tersebut, maka wajiblah dia
berpuasa selama tiga hari.

Yang dimaksudkan dengan tidak berkemampuan itu ialah
tidak berdaya untuk mengadakan harta bagi membayar
kaffarah tersebut, seperti orang yang mempunyai harta, tetapi
hanya mencukupi untuk orang yang di bawah
tanggungannya.

http://albakriah. wordpress. com/2010/ 02/02/hukum- berkaitan- nazar/

KIRIMAN:
Limbat: limbat@yahoo.com

No comments:

Post a Comment