BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Monday, May 31, 2010

Menjaga IBU-BAPA


Apabila IBU-BAPA sudah tua/uzur,mereka perlu dijaga/diurus terutama PAKAIAN, makan-minum dan ATUCARA mereka. Menjaga mereka diganjar Allahswt pahala seperti menyertai perang/berjihad fisabilillah.

Thursday, May 27, 2010

Upacara


Slps acara risik usai,MAKAN-MINUM dihidang.

Sunday, May 23, 2010

Tuesday, May 18, 2010

CARA DAPAT KEYAKINAN ORANG LAIN

Terdapat 10 cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Prinsip pertama, belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada peringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anda terhadapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi dirinya. Hafal dan sebutlah berulang kali.

2. Jadilah orang yang `disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadikan diri anda seperti `sepasang kasut lama’ atau `songkok lama’ yang amat selesa dan mesti dibawa `bersama’ kemana saja.

3. Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya. Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

4. Jangan menjadi egoistik. Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat merendah diri.

5. Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberansangkan, supaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda!

6. Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan sesuai yang mungkin tidak anda sedari, hapuskan daripada personaliti anda. Kounselor yang mahir mungkin dapat membantu menyerlahkan personaliti diri anda yang lebih `membina’.

7. Tawarkan pertolongan/khidmat atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya. Jadilah seseorang yang `diperlukan’, diharapkan, dan amat `berguna’.

8. Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda ! Dalami ilmu kemahiran kemanusiaaan anda.

9. Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya. Kongsilah perasaan anda bersamanya.

10. Praktikan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Personakan orang lain dengan memenuhi keperluan `naluri’ mereka yang sentiasa meronta`kehausan’ perhatian, penghargaan, sanjungan, penghormatan `VIP’, keperhatinan dan kasih sayang. Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan. Insya_Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUASAI!..


KIRIMAN:
Zainal Mohd Ali(FaceBook)

Pamer Produk


PakAnjang Azhar pertama kali di Pasar Malam Ipoh,Ipoh Jaya.

Monday, May 17, 2010

SURAH YASSIN: baca lah anda

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan..

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .

8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.
Untuk renungan semua…….
Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi beri manfaat kepada manusia lain...iaitu KAUM KERABATnya(Adik-Beradiknya, Adik Beradik Emaknya, Adik-Beradik Ayahnya)


KIRIMAN:
Ghazali Rahmat = zallie7077gr@yahoo.co.uk

Friday, May 14, 2010

Bazar Cangkat Jering


Lengang,tak ramai PELAWAT & kawasan KOTOR dipenuhi LALAT

Monday, May 10, 2010

BAZAR CANGKAT JERING


Ketupat ini dah Basi,kenapa masih jual


http://peniagamelayu.blogspot.com/

Sunday, May 9, 2010

IBU MIKA


Selamat Hari Ibu. Semoga Bahagia & Disayangi semua Anak

STESYEN KERETAPI


Takde perubahan besar

ARKED TAIPING


Lengang

BAZAR CANGKAT JERING


Cemar kerana tak diatur & takde pengurus.

BAZAR CANGKAT JERING


Keadaan kawasan kotor,busuk & penuh lalat.

Emak Periksa Mata


TESCO

Friday, May 7, 2010

Thursday, May 6, 2010

Ubat Cegah Rambut Gugur


1.Rambut Baru Tumbuh.
2.Melega Pening/Migrain.
3.Elak Rambut Uban

Ubat Pulih Kepala Botak



BERKATA BAIK ATAU BERDIAM DIRI


SEMAK dan INGAT. Apabila kita BERKATA BAIK,ia jadi pedoman kepada pehak lain. Sekiranya kita dapat dengar pehak lain berkata sesuatu dimana kita tidak berapa mengerti, maka bagus jika BERDIAM DIRI iaitu dengar dan perhati dengan teliti

KAFFARAH: Melanggar Sumpah/Nazar

ii) Kaffarah Melanggar Sumpah/Nazar

Kaffarah bagi kesalahan ini mengikut pilihan kemampuan ialah:

1.Memberi makan kepada 10 orang miskin (atau dengan nilai RM 5 X 10 orang = RM 50) atau

2.Memberi pakaian kepada 10 orang miskin (pakaian yang dimaksudkan ialah yang sesuai dan menutup aurat serta boleh dibawa sembahyang) atau

3.Membebaskan seorang hamba atau

4.Berpuasa selama 3 hari berturut-turut.

iii) Kaffarah Pembunuhan Tanpa Niat/Tidak Sengaja

1.Membebaskan seorang hamba

2.Membayar diyat (satu bentuk bayaran denda) sebanyak 100 ekor unta (atau mengikut anggaran dalam jumlah wang sebanyak RM 100,000).

3.Puasa selama 2 bulan berturut-turut beserta taubat nasuha.


KIRIMAN:
insan manusia: insaniyy@yahoo.com.my


kita tengok pulak apa yg dikeluarkan oleh Pondok Pasir Tumbuh;

saya petik;

..Kaffarah Nazar
Kaffarah adalah denda yang wajib dibayar kerana melanggar suatu
ketentuan syara’ (yang mengakibatkan dosa), dengan tujuan untuk
menghapus atau menutup dosa tersebut sehingga tidak ada lagi
pengaruhnya atau kesan dosa itu baik di dunia mahupun di akhirat.
Adapun tujuan kaffarah diwajibkan ke atas seseorang yang
melakukan dosa tertentu adalah sebagai hukuman atau denda
kepadanya kerana melanggar ketetapan syara’ dan menjadi
peringatan untuk tidak akan mengulang kesalahan yang sama pada
masa akan datang, namun tidak semua dosa dapat dihapuskan
dengan kaffarah.

Hukum kaffarah adalah wajib kepada orang yang melakukan
kesalahan tertentu sahaja, antaranya tidak melaksanakan nazar.
Kaffarah nazar itu sama dengan kaffarah sumpah berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َ كفََّا  رةُ النذْرِ َ كفَّارةُ الْيمِينِ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Kaffarah (denda) nazar sama dengan kaffarah
(denda) sumpah.”(Hadis riwayat Muslim)

Kaffarah sumpah dan nazar ialah:

(1) Memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan dari
jenis sederhana yang biasa diberikan oleh orang yang
membayar kaffarah itu (jenis makanan) kepada keluarganya.

(2) Atau memberi pakaian sepuluh orang miskin dengan sesuatu
yang dinamakan pakaian, seperti baju, kain sarung, serban
dan sebagainya.

(3) Atau memerdekakan hamba.
Orang yang dikenakan kaffarah, boleh memilih salah satu di antara
tiga perkara yang tersebut.

(4) Jika dia tidak berkemampuan untuk melakukan salah satu
dari tiga jenis perkara yang tersebut, maka wajiblah dia
berpuasa selama tiga hari.

Yang dimaksudkan dengan tidak berkemampuan itu ialah
tidak berdaya untuk mengadakan harta bagi membayar
kaffarah tersebut, seperti orang yang mempunyai harta, tetapi
hanya mencukupi untuk orang yang di bawah
tanggungannya.

http://albakriah. wordpress. com/2010/ 02/02/hukum- berkaitan- nazar/

KIRIMAN:
Limbat: limbat@yahoo.com

CEGAH SERANGAN ANAI-ANAI

Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, saya berikan tips.

Kenali Anai-Anai
1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati.

2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang .... Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.

3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.

4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.

5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.

6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.

Dah kenal. Maka tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita:

1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas.

2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah

3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.

4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.

5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.

6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.

7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.

8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.

Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat seperti diatas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.

Tiba masa untuk buat kubu pertahanan. Kalau nak cantik, suruh kontraktor yang buat.

> Buat kubu pasir sekeliling rumah atau sekeliling bahagian rumah yang jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. Jarak dalam beberapa inci lah dari bahagian tu.

> Gali 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar.

> Masukkan pasir yang saiznya standard iaitu diameter 1mm majoritinya. Kalau pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. Mesti saiz tu. Sebab kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh lalu kat celah.

> Tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak disukai anai-anai.

> Sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang telah dicampurkan serbuk BORAX. ( NOTA: BORAX ni dulu banyak digunakan oleh pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon dan Cina. Dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salahsatu punca Barah Hati).

> BORAX tak bunuh terus anai-anai. Apabila anai-anai suap-menyuap serat kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. Bila BORAX masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. Lalu anai-anai mati kerana kekurangan zat.


Kiriman:
Mann Trex: manntrexe@yahoo.com

Tuesday, May 4, 2010

Sunday, May 2, 2010

Saturday, May 1, 2010

MEJA KUIH


Datanglah ke Pasar Malam Ipoh & lihat KUIH MELAYU dipamer.

Buah Manggis - Rawat Gaut

KHASIAT KULIT MANGGIS (QUEEN oF FRUITS)

KHASIAT KULIT MANGGIS

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited) ... shown
to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggela kkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood
sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole
body/Mengimbangi seluruh badan.

GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.Pengidap gout boleh mengguna/mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya

1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil
kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis
direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat
tetapi enak.



Kiriman:
Hazriza" hazriza@smmsp.sharp-world.com