BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Wednesday, April 28, 2010

PENIAGA MELAYU berniaga makanan SYOK SENDIRI

saya seorang wanita/MELAYU yang berkahwin dgn lelaki mualaf berbangsa cina. sudah tentu saya biasa dgn restoran2 melayu halal dan restoran2 cina halal. pada pengamatan saya, orang melayu suka berniaga makanan syok sendiri. dia tak berapa nak peduli dgn kesedapan makanan yg dihidangkan asalkan dia dapat untung dgn cepat.

restoran melayu
1 - makanan yang di hidang selalu tak ikhlas..contoh - sebab nak untung lebih, lauk semalam pun dia hidang balik..lepas tu bila regular customer tanya, dgn muka bengang cakap lauk pagi tadi masak(dia ingat customer tu tak reti beza sayur semalam dgn sayur harini?)

2 - kalau nama tomyam kat restoran melayu tu yg banyaknye cili padi, bawang dgn serai lah saja. cuba tgk tomyam kat kopitiam cina(malu lah sikit)

3 - kat menu tulis bihun sup utara, bila customer tanya apsal tak letak lobak masin(antara bahan2 yg membezakan bihun sup utara dan bihun sup kaw.lain), sang tokey kedai boleh pulak tanya lobak masin tu apa kak?

restoran cina(yang halal toyyiba saja lah ya)
1 - makanan cina halal yg ingin ditonjolkan agak bersungguh2 dan lebih fresh
2 - dia selalu senyum kat customer dan kalau kita komplen, cepat2 dia minta maaf
3 - kalau dlm makanan tu ada shrimp, shrimp dia besar dan baru, kalau ada daging,kita boleh rasa daging dan stoknya masih baru
4 - beras yang dia pakai walau pun bukan gred mcm beras kita kat rumah, tapi idak le pulak dia idang nasi yang baunya mcm beras untuk ayam

kenapa sikap peniaga2 ini berbeza, wallahualam.
satu lagi, kalau kita benci bangsa lain yang mencela bangsa kita, cubalah kita renungkan diri kita sendiri. kita pun judgemental jugak terhadap mereka kan..jadi toksah la dok jijik sgt dgn sikap bangsa lain kerana dlm hati kita pun lebih kurang jugak.

saya mohon maaf dgn komen terbuka terhadap rakan2 SIM yang berniaga makanan(sekiranya ada). sama2 lah kita perbetulkan diri. yang baik datangnya dari Allah, yang kurang tentunya dari kita hamba yang lemah


PETIKAN:
"ayesha ismail" / garjhann@yahoo.co.uk

No comments:

Post a Comment