BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Sunday, August 1, 2010

BATERI KERETA: jaga $ guna

Jika menghadapi masalah pada pemula (starter), minta mekanik melakukan servis pada pemula sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

Periksa air bateri, minyak pelincir dan minyak brek sekerap mungkin. Bateri kekeringan air tidak berupaya menyimpan tenaga elektrik yang dijana alternator kerana air itu bertindak sebagai pengalir elektrik antara plat dalam bateri.
Air bateri menjadi panas apabila enjin dihidupkan kerana arus elektrik mengalir melaluinya. Lama kelamaan, air bateri akan menjadi kurang kerana sebahagiannya menjadi wap.

Kekurangan air bateri menyebabkan. kereta susah dihidupkan walaupun anda menolaknya. Jika hidup, enjin perlu dibiarkan lama tetapi kereta tidak boleh bergerak untuk jangka masa yang lama supaya bateri dapat dicas semula.

Namun, bateri berkenaan hanya boleh menyimpan kuasa selama 10 atau 20 minit sahaja kerana ketiadaan air untuk mengalirkan arus elektrik antara plat.
Perlu diingat bateri ialah nadi untuk menghidupkan enjin, membekalkan kuasa kepada pelbagai aksesori kereta termasuk sistem lampu, audio dan hon.
Bagi kereta baru, bateri yang dipasang sebenarnya hanya mampu membekalkan kuasa menggerakkan pengilap cermin, pemanas cermin belakang, kedua-dua lampu depan dan belakang, sistem audio serta lampu isyarat.
Kuasa bateri dipulihkan alat ulang­alik (alternator) yang akan sentiasa mengecas bateri setiap kali enjin dihidupkan.
Bagaimanapun, perjalanan singkat dan berhenti-­henti, tidak membantu memulihkan kuasa bateri.

Ketahanan bateri tidak bergantung pada jenama kerana setiap bateri adalah sama. la cuma berbeza bentuk, kuasa dan tempoh jaminan pengeluar, jenama dan tahap kualiti bahan yang digunakan bagi membuatnya.

Untuk menentukan jenis bateri yang sesuai:
Sebelum membeli bateri, pastikan kuasa enjin kereta anda; kuasa kuda enjin atau biasa disebut cc (cubic centimeter).
Jika melebihi 1,000 cc, bateri haruslah tidak kurang daripada NS60 (NS ialah ukuran keupayaan. kekuatan tenaga yang dikeluarkan sesebuah bateri).

Gunakan bateri NS70 ke atas jika kereta dipasang pendingin hawa walaupun is kurang 1,000 cc bagi mengelak kekurangan kuasa terhadap enjin terutama ketika mendaki.

Bagaimanapun, rujuk buku panduan kereta bagi memastikan jenis bateri yang sesuai. Bateri berkuasa kurang daripada NS70 boleh digunakan pada enjin melebihi 1,000 cc yang dipasang pendingin hawa tetapi timbul masalah kekurangan kuasa pecut.
Penggunaan aksesori berlebihan seperti lampu tumpu berkuasa tinggi menyebabkan kuasa bateri mudah lemah terutama apabila semua peralatan menggunakan elektrik dipasang.

BH

No comments:

Post a Comment