BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Saturday, June 19, 2010

URUSAN NIKAH

Assalamualaikum wrt

Puas difikirkan - bagaimana untuk "set the trend" agar bersederhana dalam mengahwinkan anak. Sehingga kini nampaknya melakukan zina itu jauh lebih mudah dari berkahwin. Apa taknya - bila nak kahwin, hantarannya sahaja mencecah kadangkala RM10,000.00. Seolah-olah jika hantarannya sedikit - masyarakat akan memandang rendah.

Itu belum masuk upah mak andam yang kadangkala mencecah RM5,000 - RM10,000 jika termasuk pelamin dan set pakaian lengkap. Aduih.... apa nak jadi pada masyarakat kita. Fokus masyarakat sepatutnya ditumpukan kepada bagaimana hendak mewujudkan satu keluarga yang harmoni dan diberkati Allah. Apa yang berlaku, masyarakat lebih menumpukan kepada aspek perhiasan dari intinya. Sehinggakan sanggup mendedahkan aurat demi untuk kelihatan cantik dan anggun.... bukankah ini mengundang kemurkaan Allah. Bukankah keredhaan Allah yang kita cari agar perkahwinan itu nanti diberkati olehNya.

Dulu saya tak berani hendak menceritakan hal di atas ini kerana mungkin orang kata - "awak tak kahwinkan anak lagi.... nanti awak tahulah" Alhamdulillah pada 6 Jun 2010 yang lepas, selamat anak lelaki saya diijab kabulkan. Pada 7 Jun 2010, saya telah mengadakan kenduri bagi pihak lelaki. Saya buat diwaktu malam dan hanya menjamu nasi putih, sambal belacan, ikan masin, sup sayur, daging, ayam dan seumpamanya. Majlis diserikan dengan tayangan multimedia.

Sejuk rasa hati bila ramai orang bertandang ke majlis saya ini... dari jiran-jiran berbangsa cina, rumah flat, kampung dan rakan-rakan pensyarah.

"Hj saya risau haji... risau takut tak cukup.... kalau siang senang nak cari backup" saya luahkan perasaan pada pengurus Caterer. "Doa banyak-banyak doktor..." katanya. Memang sungguh - saya doa tak berhenti-henti mohon kepada Allah agar diberkati majlis dan cukup makanannya. Bila dah habis saya lega. Syukur sungguh-sungguh pada ALlah. Harapan saya nak jemput ramai kenalan tetapi sederhana dalam jamuan tercapai akhirnya.

"Lain kali kita buat high tea pula....." isteri saya kata pada saya. Saya beritahu rakan, "One down - eight more to go" kerana saya ada 8 orang lagi anak yang sedang menunggu giliran. Doakan kami sekeluarga.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham


KAJIAN:
Nasi Putih
sambal belacan,
ikan masin,
sup sayur,
daging(lembu),
daging(ayam)

No comments:

Post a Comment