BERI PENDAPAT MIKA


ShoutMix chat widget

Wednesday, June 30, 2010

SAKIT TULANG BELAKANG

SOALAN:
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

Saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.

Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.
------------ --------- -


JAWABAN:
DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.



Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.


Info Kesihatan

Kesan negatif akibat masalah tulang belakang

1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang

Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?

SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

# Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang

# Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

# Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

# Menggunakan tilam yang sesuai
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

# Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

# Relaks
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

# Gunakan kusyen
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

# Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

# Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

# Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.



KIRIMAN:
mohd_naim82@yahoo.com

TAPAI & RAGI

sue..

saya pun belajar dari internet gak..



1/2 kilo beras pulut
1/2 biji ragi tapai

beras pulut basuh sampai bersih.. kalo beras pulut tuh 2 cawan.. air pun mesti 2 cawan..
lepas tuh tanak hingga masak.. sejukkan..

lepas sejuk.. taburkan ragi.. ragi tuh hancurkan dulu.. ragi tuh sebesar duit 50 sen..

lepas tuh bubuh dalam tupperware.. biarkan 2 malam...

mmmpppp.. memang besttt... selamat mencuba





KIRIMAN:
norriza@highpoint.com.my



KAEDAH

saya ni pandai jugalah buat tapai...bila org makan mmg dapat pujian sbb manis melecas hehehe....dulu2 siap ambil order.
sama mcm norriza buat tu cuma pulut sy kukus dan ragi tu kalau nk lebih elok, hancurkan dan tapis guna penapis teh...jadi ragi lebih halus. pastikan pulut betul2 sejuk barulah taburkan ragi tersebut. selamat mencuba.


KIRIMAN:
uyieeunique1402@yahoo.com





KAEDAH


SALAM...
kalu nak tapai ubi/pulut manis, ragi tuh jemur dulu dibawah mentari...biar kering elok..lepas itu, barulah hancurkan..tabur atas nasi/ubi yang dah dikukus..

KIRIMAN:
ainna_harris@yahoo.com.my




TAPAI UBI KAYU


kalau tapai ubi lak..rebus ubi tu smpai empuk tp jgn sampai ubi jadik lembut sgt pulak..pastu sejukkan dlm dulang..dah sejuk taburlah ragi (nk sedap ragi dr pantai timur) dah siap masuk dalam bekas bertudung/tutup.
Pastu bungkus ngan kain dan simpan 2-3 mlm..

mak saya selalu buat sedapp..hehe


sHaHidaNuR
nauzuha80@yahoo.com







Monday, February 25, 2008
TAPAI UBI PENCEGAH KANSER

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.


Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

Tuesday, June 29, 2010

Lori Dilanggar


Kereta hancur,2 budak & ibu nya mati depan Pasar Malam Pengkalan Pegoh

Monday, June 28, 2010

Carburator


Ia dikatakan tak dpt simpan minyak

Carburator


Ada makanik kata ia tak bagus,perlu tukar

Sunday, June 27, 2010

Laok: daging masak kuzi


"


Bahan-bahan:
2 kg daging kambing
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar [dihiris]
1 cawan minyak masak
100 gm badam goreng [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji limau nipis [diambil airnya]
4 biji tomato [dibelah empat]
4 camca sedang puri tomato
5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia [dikisar]
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau [ditumbuk kasar-kasar]
10 tangkai cili merah [ditumbuk kasar-kasar]
2 biji bawang besar [dikisar]




Cara menyediakan:
1) Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam.
2) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging empuk.
3) Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah, cili hijau, air limau, badam goreng, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.
[Koleksi Resepi Masakan]

HARI NIKAH ANAK


Bilik Mempelai mestilah dihias indah menurut upaya.

>
Hari Nikah haruslah incah/cantik malah menarik dilihat. Olih itu,PAKAIAN PUTIH MEMPELAI mestilah disediakan. Beliau wajar diletak atas tilam puteh juga.

Thursday, June 24, 2010

Double Lansir


Lihat Lansir Nurul

PENGALAMAN MENGGUNA HANDSET/MOBILE

PENGALAMAN MENGGUNA HANDSET/MOBILE

Walaupun entry kali ini tiada kaitan dengan kes tempat keajdian, tetapi, ia berlaku seharian dan sebenarnya kita laluinya setiap hari.

Kepada yang dah tahu, abaikan saja, tetapi saya lebih berminat untuk memberi pengetahuan kepada yang ingin tahu dan tak terfikir mengenainya.

Senarionya amat mudah, dan ia membabitkan telefon bimbit anda.

1. Pernahkah anda bergaduh dengan pasangan anda, apabila anda menelefon, hp dia masuk voicemail.Sedangkan anda perlu bercakap dengan dia atau anda memang dah rutin menelefon dia.

2. Dan kes bateri hp habis tu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja yang berlaku...sedangkan sebelum ini, bila-bila masa anda call, mudah untuk dapat.

3. Bermati-matian pasangan anda berkata, bateri hp dia habis...






Benarkah dakwaan ini?



Ada 2 jawapan: BENAR dan TIPU...


BENAR

1.Takde apa yang boleh dibuat. Cuma, kita belikan dia 8 bateri baru, yang original lagi dan sudah pasti masalah tu takkan timbul lagi.



TIPU

1. Sebenarnya, bateri hp dia tak habis. Yang pasti , dia sedang bergayut dengan seseorang yang mungkin akan menjadi punca peperangan besar jika anda mengetahuinya.

2. Yang pasti, setting pada hp dia, 'call waiting' tidak diaktifkan. Ini menyebabkan, apabila anda mendail, akan masuk 'voicemail.

3. Jika 'call waiting' diaktifkan, maka anda akan tahu dia sedang bergayut sebab ada isyarat 'cal waiting' pada hp anda. Cerdik jugak dia ni...

4. Atau jika dia tidak melanggan 'voicemail' , bila anda dail masa dia bergayut, 'number busy' akan terpapar di skrin anda.






Tahukah anda, cara paling mudah untuk mengesan samada benar atau tidak dia bergayut atau memang bateri dia habis.



1. Sebaik anda mengetahui, hp pasangan anda masuk 'voicemail' selepas didail, lakukan perkara mudah ini.

2. Pastikan hp anda disetkan pada: 'delivery report on"

3. Segera hantar satu mesej kepada nombor dia atau lagi senang, mesej kosong.

4. Lihat pada paparan skrin anda atau pada 'delivery report' - jika tertera perkataan 'delivered', bermakna sah pasangan anda sedang bergayut.

5. Tetapi jika tertera 'pending', atau 'waiting', bermakna memang bateri hp dia habis atau dia offkan hp itu atas sebab yang dia sahaja yang tahu.

6. Selepas 15 minit, anda cuba hantar lagi mesej. 'Delivered' terpapar diskrin anda. Bermakna, sekurang-kurang dah 15 minit dia bergayut.

7. Tetapi, jika benar bateri hp habis atau hp off, sebaik sahaja dia aktifkan hp, maka 'pending' pada report anda akan segera bertukar kepada 'delivered'. bermakna mesej yang anda hantar setengah jam tadi, sudah terpapar diskrin dia.

8.Cuba lakukan perkara ini beberapa kali, terutama jika anda selalu call tengahmalam, masih lagi masuk mesej, bermakna anda perlu berfikiran negatif akan apa yang sedang berlaku...!!!

9. Pandai-pandailah anda selesaikan masalah ini...!!!

Itu sahaja tips mudah kali ini.

Saya akan beri beberapa tips lagi yang tak pernah tercatat dalam manual hp anda.

Antaranya: bagaimana mengesan siapakah yang selalu membuat ucapan 'i love u', i mis u' pada voicemail hp pasangan anda...
--


KIRIMAN:
3@pendekarblogger.com

Saturday, June 19, 2010

URUSAN NIKAH

Assalamualaikum wrt

Puas difikirkan - bagaimana untuk "set the trend" agar bersederhana dalam mengahwinkan anak. Sehingga kini nampaknya melakukan zina itu jauh lebih mudah dari berkahwin. Apa taknya - bila nak kahwin, hantarannya sahaja mencecah kadangkala RM10,000.00. Seolah-olah jika hantarannya sedikit - masyarakat akan memandang rendah.

Itu belum masuk upah mak andam yang kadangkala mencecah RM5,000 - RM10,000 jika termasuk pelamin dan set pakaian lengkap. Aduih.... apa nak jadi pada masyarakat kita. Fokus masyarakat sepatutnya ditumpukan kepada bagaimana hendak mewujudkan satu keluarga yang harmoni dan diberkati Allah. Apa yang berlaku, masyarakat lebih menumpukan kepada aspek perhiasan dari intinya. Sehinggakan sanggup mendedahkan aurat demi untuk kelihatan cantik dan anggun.... bukankah ini mengundang kemurkaan Allah. Bukankah keredhaan Allah yang kita cari agar perkahwinan itu nanti diberkati olehNya.

Dulu saya tak berani hendak menceritakan hal di atas ini kerana mungkin orang kata - "awak tak kahwinkan anak lagi.... nanti awak tahulah" Alhamdulillah pada 6 Jun 2010 yang lepas, selamat anak lelaki saya diijab kabulkan. Pada 7 Jun 2010, saya telah mengadakan kenduri bagi pihak lelaki. Saya buat diwaktu malam dan hanya menjamu nasi putih, sambal belacan, ikan masin, sup sayur, daging, ayam dan seumpamanya. Majlis diserikan dengan tayangan multimedia.

Sejuk rasa hati bila ramai orang bertandang ke majlis saya ini... dari jiran-jiran berbangsa cina, rumah flat, kampung dan rakan-rakan pensyarah.

"Hj saya risau haji... risau takut tak cukup.... kalau siang senang nak cari backup" saya luahkan perasaan pada pengurus Caterer. "Doa banyak-banyak doktor..." katanya. Memang sungguh - saya doa tak berhenti-henti mohon kepada Allah agar diberkati majlis dan cukup makanannya. Bila dah habis saya lega. Syukur sungguh-sungguh pada ALlah. Harapan saya nak jemput ramai kenalan tetapi sederhana dalam jamuan tercapai akhirnya.

"Lain kali kita buat high tea pula....." isteri saya kata pada saya. Saya beritahu rakan, "One down - eight more to go" kerana saya ada 8 orang lagi anak yang sedang menunggu giliran. Doakan kami sekeluarga.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham


KAJIAN:
Nasi Putih
sambal belacan,
ikan masin,
sup sayur,
daging(lembu),
daging(ayam)

Saturday, June 12, 2010

Wednesday, June 9, 2010

Monday, June 7, 2010

Sunday, June 6, 2010

Krimer Didalam Nescofe:3+1 Perosak Jantung

From: rohaizul@mmcogel. com.my
Subject: Fw: Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang
To:
Date: Wednesday, June 2, 2010, 4:09 AM





Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun
akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar
ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya
sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat
diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad
menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah
dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.


1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan
penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau
sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap
meminum Nescafe 3 in 1. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah
pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat
dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air
kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga
pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah
kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang
sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi,
pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana
mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini
kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah
lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


'sharing is caring.

Dear Friends,
I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend
in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis
setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this
kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.





Salam. Melihat pada cerita Ahmad tadi,sebagai ahli perubatan Holistik,
dapat saya lihat ialah punca penyakit ahmad ilah berpunca daripada krimer
yang di minum. Ahmad mulai berpeluh di tangan, jantung cepat berdebar, ini
menanda kelemahan pada organ jantung,kelemahan ini berpunca daripada
penyumbatan berpunca daripada pemakanan, ini kerana saluran darah ke
jantung telah mula tersumbat.Kerana kesumbatan ini menyebabkan Ahmad
selalu tercungap-cungap dan cepat letih. Ini akan menyebabkab diserang
penyakit jantung kerana saluran darah tidak berjalan dengan lancar.

Kelemahan buah pinggang boleh terjadi setelah mempunyai penyakit jantung
kerana kurang pengambilan air masak yang boleh mempercepatkan lagi
penurunan imuniti. Oleh itu amalan permakanan yang sihat dan halal perlu
di praktik dari awal. Amalan perubatan Holistik mengesan penyakit dan
punca penyakit di peringkat awal perlu dilakukan, insyaallah sekiranya
cepat dan awal bertindak, segala-galanya mungkin dapat diatasi.


Sekiranya dapat melihat jari hantu ahmad, jari hantu tangan kiri akan
bengkok ke kanan,ini menandakan kelemahan jantung ahmad.


Omega 3 softjel + VCO + teh herbal= melancar peredaran darah di saluran
jantung
.


sekiranya rawatan yang betul dan senergi ubat-ubatan yang betul insyaalllh
Ahmad akan dapat merawati penyakitnya.


Oniey,pengamal perubatan holistik HPA


( Herbal Penawar Al-Wahida)


sekiranya berminat mengesan penyakit di peringkat awal, bolehlah
menghubungi di alamat..


amal_oniey@yahoo. com.my


019-775 5740